Ahli bantah, sidang media Pgsm kecoh

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Sidang media Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) kecoh apabila tiga ahlinya membantah tindakan persatuan itu berhubung isu memorandum terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Ia bermula apabila Kamar Ainiah Kamaruzaman pada sidang media di sini hari ini bangun dan bertanya kepada Presiden Pgsm, Mohamad Isa Abd. Ralip sama ada persatuan itu berkeras mahu mempertahankan memorandum tersebut.
Sebaik Mohamad Isa menjawab 'ya', Kamar Ainiah spontan membalasnya dengan berkata: "Ha, siaplah kena saman."
Kamar Ainiah menyifatkan tindakan persatuan telah menjatuhkan kredibiliti peguam syarie yang menyertai persatuan itu. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment