Hello Khalid Ibrahim ... dengar sini !
Aku mendapat email dari wakil penduduk Desa Kerayong Indah .. Dia linkkan blog dia pada email wartamaya untuk menceritakan keadaan diri mereka. Aku perasan RAYUAN memohon bantuan dari kerajaan negeri Selangor ini dibuat seawal PR memerintah Selangor. Sejak zaman blog ntbn dan no2umno lagi. Tapi nampaknya dah setahun lebih, pihak berwajib macam tak serius je nak bantu.
Aku tak boleh nak kaut semua artikel dia tapi aku petik sikit je di sini,
APA NIIIII.....Bengkalaikan rumah orang, pastu dapat projek lagi....pastu jadi konsultan pula....mana ketelusannya?mereka dah buat laporan pada anak Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah dan jawapan dari Nurul sudah di perolehi ..
SAMA JE macam kerajaan terdahulu...semua kroni. Yang sengsaranya kita semua. Sebab tulah maka sebilangan besar daripada kita terutamanya yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah tidak lagi membuat bayaran cukai tanah. Untuk apa bayar, kalau yang senang adalah mereka. Kita pula terpaksa berhadapan dengan hutang bank yang sampai bila tak selesai lagi.
Sepanjang 2 tahun memerintah Selangor ini, wakil rakyat mana yang datang berjumpa dengan kita? EXCO mana yang mahu bertanya atau berbincang dengan kita? MB jauh sekali. DSAI....lupakan sahaja. Telah puas panggilan telefon, e-mail, surat rasmi dikirimkan, namun apa jawapan mereka ....
Nak cerita lanjut ... KLIK SINI
Aku rasa, kalau PR tak mau nak tolong .. kita offer parti mana yang boleh bantu.
Imbuhannya Januari 2010
0 comments:
Post a Comment