Ada gak manusia yang nak kawan ngan Setan?
Rupa2nya ada manusia yang nak kawan dengan setan ..
Ada manusia yang bangga kawan ngan Setan ..
Kalu cam tu la cakap ..
Kat umah dia ada ramai setan tak? Hahaha
Atau pun ..
Hati dia busuk atau sama lebih kurang dengan setan ..
Bapak setan kawan ngan setan ..
Atau memang Dajal kawan dengan Setan ..
Dajal yng memang nak rosakkan umat Islam
Sama cam janji Setan pada Allah swt ..
Eeee .. lantak la diorang ..
Aku kalu bleh nak rapat ngan malaikat
Bingai .. dah la tua .. bingai lak tu ..
Cuba la tua tua tu .. buat baik ..
Tak jemu ke wat jahat?
Hahahah
Yang paling ngeri
Ramai juga yang puja bapak setan ni ..
Lagi bangang ..
13 comments:
http://youtu.be/WpzlCWRfhtk
Harap tuan komen balas isu yang ditimbulkan oleh blogger dinturtle. TQ.
Salam Wak Raden
Ader yang puja setan secara langsung ader jugok secara tidak lansung. Ader yang buat macam MLM. Orang ateh tak buat aper pun, tapi untung menggunung. Orang bawah kerja teruk tapi melopong. Macam saham felda. Kerje gini setan suka.
Setan2 Umno pun dia tak pernah kata dia tak akan benarkan hudud dilaksanakan dan negara islam di tubuhkan.
Tapi DAP terang2 dan dengan angkuhnya kata Negara Islam No Way dan Tidak Akan Sama Sekali Membernarkan Hudud Dilaksanakan.
Siapa yang kata macam tu. Musyidul Am DAP al ustaz Lim Kit Siang. Presiden DAP Sheikh Karpal Singh Al Punjabi.
Itu dia kawan rapat Nik Aziz dan Hadi Awang.
Nak tanya mesjid mana mesjid mana 2 ekor malaikat tu duk pi menunaikan sembahyang Jumaat ?
Setan2 Tun Mahathir dan Najib. Selalu nampak mereka pi sembahyang Jumaat di Mesjid Negara. Ada juga gambar mereka pi Makah buat Umrah dan Haji sesekali.
Wak. Gua tau. Lu mungkin tak akan siarkan gua punya posting. Gua tak kisah la. Tapi at least lu ada baca juga gua punya posting semasa dalam proses tapisan.
Lepas ni gua akan kasi lu gua punya posting.
Mat Sabu bukan ulamak. Mat sabu dilabel sebagai puak Anwarinas dalam Pas. Sekelambu dengan Mat Sabu dalam Pas adalah Mahfuz Omar dan Khalid Samad (Selangor).
Manakala Nasrudin Mat Isa adalah seorang ulamak yang mendapat sokongan ulamak waras (yang bukan gila kuasa) diantaranya Datok Harun Din.
Puak Anwarinas mahu angkat Anwar jadi PM tetapi puak ulamak mengharapkan Hadi Awang atau Nik Aziz diangkat jadi PM jika PR menang pada PRU 13 nanti.
Puak alamak masih mempertahankan dasar perjuangan Pas yang asal iaitu Negara Islam dan Hudud walau pun mereka sedar peluangnya sangat tipis.
Puak Anwarinas pulak tidak menjadikan Negara Islam dan Hudud sebagai ajenda utama. Ajenda mereka adalah " Umno mesti dijatuhkan ". Jika Pas dominan, jawatan PM adalah milik Pas. Jika Pas tak dominan, jawatan PM adalah milik Anwar. Minta2 DAP tak dominan lah.
Malam tadi 2 Sept 2012. Kebetulan saya berada di Alor Setar atas urusan kerja. Kebetulan juga Anwar Ibrahim buat road show di perkarangan Stadium Darulaman. Saya curi hadir untuk mengetahui pengisian program. Tak ada apa pun, ceramah saja.
Program anjuran PKR. 95% bendera yang berkibar adalah bendera PKR. Bendera Pas adalah satu atau dua terselit disana sini. Bendera DAP tak nampak langsung.
Hadirin. 75% terdiri daripada mereka yang pakai kopiah putih (memang sah lah itu orang Pas). Saya akan buktikan. Cina dan india kalau jumpa pun boleh dibilang dengan jari.
Mahfuz ada berceramah. Memang sah dia adalah puak Anwrinas yang akan angkat Anwar jadi PM. Mungkin tersasul atau memang dirancang. Mahfuz menyebut lebih kurang macam ini, " malam ini kita semua bertuah kerana kita akan berpeluang mendengar ceramah dan bertemu muka dengan Datok Seri Anwar Ibrahim Bakal PM Malaysia ". Jika nak kata saya berbohong, boleh tanya mereka yang hadir dalam majlis itu.
Mahfuz adalah Naib Presiden Pas (bukan kecik anak). Adakah itu mesej kepada Hadi Awang daripada Mahfuz bahawa, " saya tak yakin kita akan berjaya merebut kerusi PM " ATAU " saya tak yakin kita mampu memikul tugas sebagai PM walaupun kita menang dominan, Anwar lebih sesuai sebagai PM ".
Pemimpin2 kanan dalam Pas patut bertanya kepada Mahfuz. Apa maksud anda berkata begitu ? Adakah anda tidak yakin kita akan sampai ke Putrajaya sebagai PM ?
Kalau dengan Nasrudin Mat Isa yang hanya setakat bergambar disebelah Datok Seri Najib, yang hanya bersuara minta Pas kaji balik kerjasama dengan DAP yang tak sudah2 secara kurang ajar dan biadap menentang Negara Islam dan Hudud, dianggap sebagai telah melakukan satu dosa besar kepada Pas dan perjuangan islam sehingga hendak dipecat.
Apakah keceluparan Mahfuz mengucapkan " Anwar Ibrahim bakal PM Malaysia " di hadapan Anwar Ibrahim sendiri, di hadapan hampir 10,000 penyokong Pas yang hadir pada malam 2 Sept 2010 di perkarangan Stadium Darulaman itu. Perkara biasa ? Tidak kah itu satu bentuk penghinaan kepada Pas ? Tidak kah itu menunjukkan Naib Presiden Pas sendiri tak yakin Pas akan sampai ke jawatan PM ?
Masih berkenaan road show Anwar di perkarangan Stadium Darulaman pada 2 Sept 2012.
Majlis PKR yang punya. Tapi hadirin 75% orang Pas. Buktinya adalah :
1. Ramai yang berkopiah putih daripada yang tak berkopiah. Yang tak berkopiah memang ada, tapi jaraaang jaraaang.
2. Diakhir ceramahnya saudara Mahfuz Umar telah menjerit perkataan takbir sebanyak 3 kali. Disambut riuh " allahuakbar " oleh hampir separuh daripada hadirin. Biasanya hanya orang Pas saja yang akan menjerit " allahuakbar " bila mereka mendengar jeritan " takbiiir " sebanyak 3 kali.
3. Selepas Mahfuz Umar turun dari stage, giliran Anwar Ibrahim pulak naik stage. Selepas membuat jemputan kepada Anwar untuk naik stage, pengacara majlis (orang PKR) membuat jeritan " Reformasi " sebanyak 3 kali, tapi menyedihkan tak dengar pun balasan jeritan " reformasi " daripada hadirin. Mungkin orang PKR sendiri malu nak membalas jeritan " reformasi ".
Saya duduk dekat sangat dengan stage (kurang drp 50m). Boleh nampak dan boleh dengar dengan jelas.
Sebab itu saya berani kata 75% yang hadir adalah orang Pas.
So what ? Keep on reading lah ...
Kita masih dalam road show Anwar Ibrahim lagi ...
Mari kita menilai perasaan orang Pas. Adakah mereka ni tak ada perasaan. Dah jadi macam tunggul mati.
Mahfuz Umar Naib Presiden Pas, dengan jelas dan terang menyebut dalam ceramahnya " Anwar Ibrahim bakal PM Malaysia " di hadapan hampir 10,000 orang Pas. Orang Pas nampak macam tak terasa apa2 pun. Kayu kah atau tunggul kah mereka ini ?
Dari segi moral, Mahfuz dengan tanpa berselindung nak bagi tahu orang2 Pas. Walau pun kita menang, bukan Hadi Awang yang akan kita angkat sebagai PM. Yang angkat kita angkat adalah Anwar Ibrahim.
Dari segi moral juga, Mahfuz nak bagi tahu kepada orang2 Pas. Nak jadi tak jadi Negara Islam yang kita perjuangkan. Nak laksana tak laksana Hudud yang kita perjuangkan. PM Anwar Ibrahim yang akan tentukan. Kalau Anwar kata YES maka akan terbentuk lah negara islam dan terlaksana lah Hudud. Kalau Anwar kata Oh NO because I have to refer to DAP first, maka perjuangan Pas ni pi mai pi mai duk tang tu jugalah.
Saya tak kisah kalau Mahufuz sebut perkataan itu dihadapan hidirin yang 75% adalah orang PKR.
Ish ish ... tak sangka macam tu tunggul sekali orang2 Pas.
Kalau saya, kalau ada lah Naib Presiden Umno sebut orang lain daripada parti bukan Umno akan jadi PM jika BN menang, walau pun saya bukan orang Umno, tapi saya penyokong setia Umno, saya dah ajak kawan belah tinggalkan majlis.
Tapi orang2 Pas boleh tunggu sampai habis majlis. Mereka tak rasa apa2. Heran. Boleh jadi mereka pekak (tuli) sebab tu lah mereka tak rasa apa2.
Cerita diatas ini adalah cerita benar. Anda boleh dapatkan pengesahan daripada mereka2 yang hadir pada malam 2 Sept 2010 di perkarangan Stadium Darulaman.
tok garu gatai badan,
sorry la gua tak cam umno. tapis tapis .. kitorang tapis yang carut dan guna bahsa lucah je.
kalau selagi guna bahsa yang cantik tuk di baca .. kitorag lepas.
hahaha ..
biar pembaca yang nilaikan betui ka otak lu, betui ka tulisan lu. kitorang more open compare to blog umno dan bn ..
adios
Yong,
cara tu sesuai utk org bingai je. kalu org2 cam kita .. kita tak layan.
ketua blackmetal malaysia rupernyer mahadeath..sepupu sepakat tok garu naib blakmetal malaysia
Wartamaya
Gua terima kasih sama lu. Gua ingat lu sudah abaikan gua punya posting.
Gua cuma nak cerita apa yang gua nampak dan dengar. Lu orang mau caya atau tak caya gu tak kisah.
Walau pun gua tak sokong Pas tapi gua masih ... " sokong Umno tapi tak buang Pas la " sebab Umno dan Pas ada persamaan yang asas yang ada dalam diri gua.
Gua melayu, gua islam. Mahfuz Umar melayu (tapi warna mamak), Mahfuz islam juga. No Different la bro ...
Tapi Lim Guan Eng no same with me. I malay, he cinise. I muslim, he cristian. Very very diferent alot looo.
Post a Comment