Wartamaya akan berhenti memblog
Hah .. baca komen satu blog ni
[...] Ada blogger yang demand tinggi, ada blogger yang mintak sumbangan untuk teruih memblog dan terus jadi goblog, kalau tak mampu blogging berhenti saja. Takdak sapa aih yang suruh hampa blogging, ada ka sesiapa para pemimpin yang suruh hampa blogging untuk parti? Kalau ada hampa berhak mintak bayaran hasil kheja hampa semua. - selanjuntnya di udanglipan.
Takdak sapa aih yang suruh hampa blogging?
Ok cabaran di sambut .. wartamaya akan berhenti memblog. Apa pandangan sekelian yang ada?
27 comments:
Tengok pada tulisan macam kenal je. Ada musuh dalam selimut, ada kawan tapi lawan. Macam tau semua perkara. Tak gitu wak?
Udanglipan perli tuh.. isk.... takpa takpa kita pekena lamb mandi biryani kat seksyen 7 sat lagi waras la tuh...muakakakakaka
Wak pun sebenarnya dah letih. Dulu masa ada duit, tak per la boleh ikhlas. Bila dah sengkek, cam ni .. nak peridup komputer pun dah tak der mood. Bila dah ada plak orang yang suruh berenti... macam ngantok di sorong bantal plak rasanya.
Rasa tak nak layan. Kalau dah penat, berhenti la. Wak pun dah tua ... Tak larat nak ngomel tentang politik negara lagi.
Teruskan wak
Tua? TUE?? Tgk gambo masa gi mancing 'pukat ghimau' ari tuh nampak sasa, teguh, tegap dan peramah. Tulang pon buat dari besi , urat dawai.. alahai biase ler wak.... waaaa duit masih 1230.98 ke? takpe, takpe kite tambah sket lagi muekekekekekek..nih cite org suruh suruh macam cite org tue ngan anak die gi pasau nak jual kambing diorang la... kejap org suruh bapak die tonggang , jap suruh anak , last last anak ngan bapak pikul kambing....mana bleh puas ati sume orang wak...
Memblog ni umur dia sama ngan umur kucing. Kalau 5 tahun bulu dah mula gugur. 6 tahun dah hilang dari rumah. Wak dah 9 tahun. Kucing kalau sayang kat tuannya, dia lari dari rumah untuk mati. Hah .. kalau ikut style kucing wak sepatutnya dah pupus.
Wakakak !!!
Ada wak menulis untuk parti, semakin ramai blogger dah dapat kerja kat news portal yang lain...
Teruskan wak...cari makan dengan tulisan tak salah, asalkan orang terhibur dengan bacaan anda, orang sumbang melalui iklan. Tak juga salah.
Lipan tu main jauh jauh...
wak teruskan...
Wak,
Saye cume nak beri pandangan.
Biase r tu wak, die sindir je.
Semue ikut niat,insyaalla kalau niat kite ingin mnegakkan yang hak hanya allah mampu membalasnyer..
manusia xkan mampu.sebab tu r kite xyah sgt pikir pasal pemimpin.
Memang betul blogger tak diberi pengiktirafan dan lebih truk layananya berbanding akhbar-pro umno tapi balik kepada niat asal.
Kire kite buat untuk pahala jer r..
Wak,
Saye cume nak beri pandangan.
Biase r tu wak, die sindir je.
Semue ikut niat,insyaalla kalau niat kite ingin mnegakkan yang hak hanya allah mampu membalasnyer..
manusia xkan mampu.sebab tu r kite xyah sgt pikir pasal pemimpin.
Memang betul blogger tak diberi pengiktirafan dan lebih truk layananya berbanding akhbar-pro umno tapi balik kepada niat asal.
Kire kite buat untuk pahala jer r..
salam shbtku wak...lama rasanyer tk membebel. wak kalu wak buka blik shoutbox tu mybe wak tak rasa sorang diri kat blog wak nie...itu lah harapan dari sahabat2 lama masa no2umno....harap wak fahamilah....huhuhu.
wak...kalu kita asyik nak bual pasal politik...memang macam nie lah adatnya...aku pun sebenarnyer dah penat jgak nak bincang pasal politik nie...rasa nak berundur pun ader...huhuhu....jadi pendengar sahaja...wak ko jadikkan kulaan wak raden banjar tu sbgai contoh...semua citer dia sapu...semua jenis iklan dia sapu...jangan zakat tak bayo udahler kulaan...tak berkat tau....wak, aper2 pun tepuk dada tanya selera...yang penting niat kena ikhlas beb....wasalam.
Anon 8.01,
Tak pernah cuba pun. Niat wak .. tak kira parti, kalau tak betul kita kritik. Tujuannya untuk rakyat dapat hak yang sepatutnya. Kalau blogger dapat duit dari parti, terpaksa kena banyak tutup mata. Tak betul pun kita kata betul sebab dah dapat duit dari parti. Bukan bagus sangat pun politik ni. Tak kira parti, mesti ada buruk dan baik. Tak semua yang UMNO buat tu buruk, tak semua PAS buat tu baik.
Jadi yang tak baik, kita kena tegur. Selebihnya terserah kepada parti untuk menerangkan.
Wak pahala pahala jugak, kalau pahala boleh bayar bil letrik bagus kan wak?
Apa apa pun, wak kena teruskan. Lipan bara cakap boleh la. Setakat 9 artikel sebulan. Cuba wak tengok.
salam wak...udah lah tu wak...sabak2 lh dulu...teruskan membelog tu..nnti kita bagi signal...kalu eden kato beronti ekau beronti lah...la ni teruskan dulu...pasal lipan tu jangan hiraukan...pelayarnya pon tak seberapa...dunia ni bulat wak ... nanti lipang tu tau lah tiba saatnya nanti...selagi disebut manusia samo ajo loh...emmmmmmahhh
depa nak komisen sikit kot
Tetapkan pendirian. Tetapkan matlamat dan tujuan. Biarlah apa org nak kata, tetapi kita perlu istiqomah. Kita sertai dunia blog ini utk 'menjaja' parti, menerangkan dasar parti, memperkenalkan parti, menyatakan kebenaran dan menolak kebatilan.
Wang ringgit jgn sesekali jadikan sandaran. 'Bayaran' dari Allah adalah jauh terlebih mahal dan mulia.
Teruskan perjuangan anda. berbaktilah pada agama. Terangkan keindahan Islam. Terangkan kebaikan Gerakan Islam. InsyaAllah rezeki anda akan melimpah ruah. yang penting IKHLAS dan ISTIQOMAH.
Salam Raden,
Tolong jangan berhenti memblog. Raden punya blog bagus sangat.Tulisan Raden teman suka.
Teman dah baca entry udang lipan. Ah, jangan pedulikan wak. Anggaplah dia sebagai seorang blogger yang belum mengerti tentang banyak pekara.
Ini amaran Raden: Kalau Raden berhenti memblog, teman tak mahu datang ke sini lagi.
Semoga Allah selamatkan Raden. Takbir!!!!!!!!!
sepatutnya pihak PR kasi ler sedikit saguhati.. klu nak kata ikhlas berkorban.. x payahlah pihak tentera amik gaji.. hanya cukup sekadar mati syahid.. boleh ke gitu.. anak bini perlu di sara.. bil internet elektrik perlu di bayar.. kita naikan pemimpin dr PR untuk mereka menikmati gaji atau jawatan bertaraf adun atau dll.. kenapa mereka tak boleh bantu blogger2.. keep my word..pakatan rakyat klu berterusan begini..pasti akan jatuh balik .. dan umno akan terus berkuasa
Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.
Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.
Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.
Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.
Salam WakRadenJowo,
Badan masih sehat, umur sebaya anak saya, dah nak berhenti? Apa laa..
Teruskan! Teruskan memblog, bukan teruskan niat berhenti.
Wak, apa peduli dengan apa yang orang cakap, pentingnya niat kita, lagipun selama ini bukan orang-orang tu yang bagi kita makan, Ni wak, cukup bulan ni gua akan hantar material untuk iklankan, sekarang ni tengah kumpul gambar dan buat pamplet, insyallah bulan August nak operasi. Dan satu lagi nak bagitau wak, projek kolam memancing dalam proses untuk dimajukan, kalau dah mula mungkin awal September, gua declare 5% dari keuntungan bersih untuk wartamaya setiap bulan, sebagai owner gua bagi share tu pada wartamya tanpa syarat. Wak ni bukan main-main, cukup bulan ni gua akan hubungi untuk kita bicang pasal iklan dan kolam tu.
SALAM...TERIMA KASIH BANYAK2 PENCINTA...MOGA ALLAH BERKATI DAN BALAS DENGAN KEJAYAAN APA YANG SAUDARA LAKUKAN TU....WAK...MOGA KUAT SEMANGAT BEB...AKU TAK MAMPU NAK BERIKAN CAMTU KAT WAK...HANYA DOA DARI SEORANG SAHABAT AJER....WASALAM
Tak perlu berterimakasih pada saya amanbanjar, rezeki di bumi Allah ni, bukan ke perlu dikongsi, itu yang ingin saya lakukan, nak tolong cara lain saya tak mampu, sekadar itu yang termampu berserta doa untuk menyokong sahabat. Dengan harapan wak terus kuat dan bersemangat untuk terus berblog.
Ramai pemimpin sedar kepentingan blogger, tak kurang juga pemimpin yang takut nak jumpa blogger. Bila jumpa, takut blogger minta tolong.
Blogger PR buat kerja kerana semangat. Selagi mereka ada semangat, selagi tu la pemimpin dapat service percuma.
Salam,
Ada benar juga apa yang udanglipan tu katakan. Keputusan adalah hak mutlak blogger sendiri. Nak berhenti atau teruskan. Bagi aku, adalah lebih baik memblog tanpa ada ikatan (dibayar upah) kerana penulis bebas dengan penulis upahan jauh bezanya. Kebebasan menulis adalah lebih bernilai drpd menulis apa yang pemberi upah mahu.
Cara mengatasi masalah kewangan, pertama sekali blogger yang benar-benar aktif dan diterima ramai serta benar2 memerlukan sumbangan (sebab tak semua memerlukannya) perlu bersatu dan ujudkan j/kuasa yang sekurang2nya diiktiraf oleh PR (minta sokongan YB Nizar). Lps tu....
1) Ujudkan tabung sebagaimana yg telah mat samankati lancarkan dulu, tp kali ini dgn lbh tersusun. Minta bantuan blogger dr kalangan pemimpin PR untuk mewar-warkan tabung tersebut dikalangan pemimpin2 PR supaya mereka boleh menyumbang sedikit sebanyak. Pastikan mereka faham mengapa tabung tersebut diujudkan dan kepada siapa serta untuk tujuan apa ia diujudkan.
2) Mengadakan/ menganjurkan majlis minum petang/ sebagainya di mana kita boleh menjual tiket/ meja untuk mengutip dana blogger. Segala urusan bolehlah dilakukan oleh persatuan blogger yg bersatu td. Jemputlah pemimpin PR sebagai satu sokongan mereka kepada blogger.
3) Dengan hit yang begitu tinggi, blogger boleh meletakkan iklan, serta adsence dan penggunjung boleh membantu blogger dengan mengklik iklan2 yang terpampang (jika blog politik tak boleh, ujudkan blog lain, pengunjung setia pula perlulah membantu blogger tersebut sekirannya meminati sesuatu blog).
4) Menjalankan perniagaan kecil2an melalui blog yang sedia ada, penggunjung setia ramai dan jika barang yang dijual kena dengan keperluan, why not kita beli sebagai menyokong blogger tersebut. Contoh - wak boleh buat t-shirt, modal - ambil tempahan dan deposit serta tetapkan masa penghantaran.
Aku rasa, pemimpin bukan tak mau bantu, tapi saluran untuk membantu tu tak ada. Kang bagi kat blogger A, blogger B terasa. Last2, yang mulanya berniat elok, baik, jadi sebaliknya, ujung2 kutuk PR yang dulu disanjung.
Sekadar pendapat aku je.
.Fendy.
salam wak,
rezeki ada dimana-mana bumi ini. allah yang menentukan rezeki kita, percayalah. jika wak niat memblog untuk memperkatakan kebenaran secara ikhlas, sahamnya akan dikutip diakhirat kelak. dalam islam setiap pekerjaan akan menjadi ibadah dengan niat kerana takwa kepada allah. pedulikan pendapat yang merugikan.
KHUSUS UNTUK BLOGGER BLOGGER DAN WAK YANG BUDIMAN.
ALANG ALANG MENYELUK PENGKASAM BIAR SAMAPAI KE PANGKAL LENGAN.
KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI
KALAU TAKUT KENA DURI JANGAN BERJALAN DALAM HUTAN.
WAK BARU TERKENA SIKIT UDAH MELATAH MERAJUK MERENDAH DIRI .
JANGAN BIARKAN HATI GUNDAH GULANA DIK ANGKARA PENGKRITIK BLOG DURJANA.ITU CUMA MAINAN DAN ASAS PERJUANGAN SEMATA MATA.
JADIKANLAH KOMEN ITU PENGUAT KATA KATA INDAH BUDI BICARA.BENAMKANLAH NAWAITU YANG TERAGUNG DILUBUK JIWA.
TERUSKAN PERJUANGAN DEMI NUSANTARA.SEMUGA RAKYAT TIDAK BUTA.PEKAK TEKLINGA.
ANDAI WAK MENERUS CITA CITA JANGAN PEDULI HERDIK DAN HINA.
MATMALAMAT SATU HEBAHKAN KEPADA SEMUA .SEMUA BLOGGER TETAP TEGUH BERSAMA MENJALANKAN AMANAH MELAWAN MEDIA DISEBELAH SANA.
TAK SEMUDAH ITU MERIALISASI NATIJAH NATIJAH YANG ADA.
SAYA HARAP WAK BERDOA DAN TERUSKAN USAHA DAN PARA BLOGGER YANG SEDIA ADA.
USAH TAKUT USAHLAH TERUJA .POHON RESTU YANG MAHA KUASA.
WASSALAM.
ORANG LAMA
Relek wak, ayat ayat 'ini kawan setan', 'keje taghut', 'elok la tu geng dengan U*@O kapir' sudah biasa org 'ludah' dekat aku ... kekadang yang wat keje2 ni bukan org lain tapi org2 kita juga... Manusia, ada memacam perangai.. aku ingat satu ajer, perjuangan aku liLlahi Taala, hanya Allah je yang menilai.. lagipun serban besaq bakul pun belum tentu masuk syurga..Dan satu lagi, walau mcm manapun aku benci puak2 ni...aku lagi bencikan U*@O yang byk kerosakan tu so sokongan aku tak pernah berubah (sudah 18 lebih sokongan aku ni)..
Apapun terima kasihlah di atas sumbangan anda selama ini, semoga Allah permudahkan urusan anda di dunia dan akhirat. Amin. Keep up your good work :-)
Post a Comment