Tidak mustahil wanita jadi PM

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kehadiran wanita sebagai pemimpin utama dalam pelbagai bidang termasuk politik semakin diterima ramai dan tidak mustahil akan tiba masanya nanti golongan itu akan memegang tampuk kuasa termasuk sebagai Perdana Menteri di negara ini.
Dekan Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein berkata, ini kerana rata-rata golongan tersebut kini sudah mampu menyaingi lelaki.
"Kita lihat pencapaian golongan wanita di bidang profesional kini amat baik malah jauh lebih baik daripada lelaki.
"Wanita juga merupakan aset penting kepada negara dan kita lihat kini ramai yang menceburi bidang politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment