Rakan WARTAMAYA

Wednesday, March 3, 2010

Reformis seru pengundi demo bantah AP lompat


KUALA LUMPUR, 3 Mac: Kumpulan aktivis Reformasi menyeru pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstrasi aman di kawasan Parlimen masing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti di samping melahirkan keyakinan penuh mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, mereka juga mengecam budaya politik wang yang diamalkan oleh Barisan Nasional dan ejen-ejen mereka kerana amalan itu adalah virus perosak bangsa dan negara Malaysia.

Kumpulan Reformis adalah penyokong tegar Anwar yang menggerakkan perjuangan reformasi selepas Anwar dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri.[ lagi ]

"Degedek gedek gedek ... ", bunyi katak.
"Katak panggey hujan?", kata Tok Moh.
Share/Bookmark

2 comments:

broooo... March 3, 2010 at 8:48 PM  

Tahniah pada YB yang masih setia kepada "PEJUANGAN RAKYAT" dan tidak mengikut jejak mereka yang memperjuangkan PERUT sendiri!

walaubagaimana pun perkara ini haruslah diambil perhatian seriuos bukan saja dari pimpinan tertinggi PKR saja malah seluruh kepimpinan PAKATAN RAKYAT perlu berusaha keras menghentikan kerja terkutuk UMNO?bn untuk menjahanamkan PAKATAN RAKYAT.

Ramai telah maklum megenai hasrat UMno/bn untuk mendapatkan semula mejoriti 2/3 Parlimen untuk membolehkan mereka meminda akta & melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya sebagai stratigi akhir bagi terus kekal berkuasa pada PRU13 yang akan datang.

Diharap kepada yang berhormat YB2 yang masih kekal berperinsip akan terus berpegang teguh pada asas perjuangan & tidak hanyut oleh limpahan RM yang sedang ditaburkan oleh uMno pengkhianat bangsa. Sedarlah bahawa duit itu adalah duit yang dicuri daripada rakyat!

"JANGAN KHIANATI AMANAH YANG TELAH RAKYAT BERIKAN!"

Kepada DSAI tolong buat sesuatu, jangan dibiarkan DSAI terus ditikam dari belakang.
Dan jangan dibiarkan rakyat terus dibelenggu kebimbangan, keresahan & akhirnya melunturkan sisa semnagat perjuangan yang masih tersisa! Jangan dibenarkan rakyat terus termakan propaganda2 yang ditaburkan oleh Umno?bn, yang kebelakangan ini semakin hebat digerakkan.

PAKATAN RAKYAT.... please... please.... please.... do something!

Anonymous,  March 3, 2010 at 9:28 PM  

Kalau boleh dapat jadual-jadual bila demo akan di adakan ada umph juga!

Blog list