Rakan WARTAMAYA

Wednesday, March 3, 2010

Tidak mengaku terima rasuah RM5,000

ALOR SETAR - Bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Kasim Osman mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima suapan RM5,000 di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh yang berusia 56 tahun didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan untuk membantu dan meluluskan permohonan syarikat AK Millenium Enterprise untuk menarik balik tender membalak di Kompartment 71-A, Hutan Simpan Rimba Teloi.

Kasim didakwa melakukan perbuatan itu pada 8 Julai 2009 di pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah di alamat Aras 8, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah, di sini, kira-kira jam 3 petang.[ lagi ]

"Leman .. betui ka hang amek RM10 .... ?", Tanya Tok Moh.
"Dak aih .. aku tak ngaku .... ", jawab leman.
"Sungguh ni .. ?", tanya Tok Moh lagi ...
Dalam hati leman .., "Memang la aku tak amek RM10, tapi aku amek RM15. Tu pasai aku tak ngaku . he he he".
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list