Menarik untuk di baca
[...]"Tidak lama kemudian, terbunyi pula kisah muzakarah antara PAS dan UMNO. muzakarah yang di maksudkan, bukanlah muzakarah seperti yang pernah dilaungkan oleh Allahyarham ustaz Fadhil Nor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dahulu, tetapi muzakarah yang membayangkan gabungan parti antara PAS dan UMNO atas asas melayu-islam.
Muzakarah yang boleh disifatkan sebagai pertemuan ”menggunakan pintu belakang” ini didedahkan oleh Penarik beca, menyebabkan isu ini menjadikan suasana kelam kabut. Maka kedengaranlah penafian dari sebilangan pimpinan PAS pusat, seperti Mahfoz Omar sebagai ketua Penerangan PAS Pusat dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS.
Kemudiannya pula, kedengaran kenyataan Ustaz Nasaruddin mat Isa yang mahu menyaman pihak yang mendakwa bahawa beliau adalah antara yang terlibat dalam pertemuan tersebut. - albakisatani


