Rakan WARTAMAYA

Monday, June 1, 2009

PAS akan pecah kalau muzakarah dengan UMNO - TG Nik Aziz

Nak peringat kepada ahli ahli PAS apa yang TG Nik Aziz tekankan tentang golongan Pro-Muzaqarah ...

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan bahawa rancangan muzakarah antara PAS dan UMNO perlu dihentikan segera kerna beliau berpendapat jika ianya dijalankan akan menyebabkan parti bertunjangkan Islam itu akan berpecah. Beliau menganggap muzakarah itu hanyalah gimik semata - mata daripada UMNO yang mahu menjatuhkan PAS. "Saya nak tanya kepada orang PAS sama ada nak jaga PAS atau Islam. Kalau nak jaga PAS, ini (muzakarah) bukan caranya dan jika nak jaga Islam juga bukan ini caranya kerana berkawan dengan Umno seperti menghancurkan Islam," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa telah mengadakan muzakarah dengan PAS sebanyak 3 kali dalam membincangkan isu agama dan Melayu. Nik Aziz berpendapat jika muzakarah itu dijalankan PAS akan menjadi seperti 'kera sumbang' yang tidak akan diterima oleh sekutu Pakatan Rakyat serta penyokong PAS sendiri. "Bila berlaku begini, orang PAS akan marah kepada PAS dan orang Pakatan (Rakyat) akan juga marah kepada PAS. Kiri kanan semua orang marah dan akhirnya PAS jadi kera sumbang....dengan itu saya memang tidak bersetuju diadakan muzakarah ini tetapi akan bersetuju sekiranya pertemuan itu untuk menarik Umno masuk PAS," katanya. - Malaysia Today
Dah kena sekali .. cukup ! Tak kan nak kena dua kali. Bodoh namanya.
Share/Bookmark

5 comments:

bekas pas,  June 1, 2009 at 9:13 PM  

Tak payah muzakarah atau muqabalah dengan umno.nik aziz sampai matipun takkan berbaik dengan umno. siapalah umno berbanding dap. Allahyarham dato' asri lebih kenal siapa nik aziz. lebih afdal le niz aziz bersahabat dengan nuar aljub... dan dap kafirun. dapat jugak undi. ye tak ?

karipop,  June 1, 2009 at 9:19 PM  

INGAT!!!!pesanan paling berguna untuk semua orang2 PAS....kebenarannya terang dan jelas sekali....UMNO merancang dan berusaha keras untuk menghancorkan PR dan PAS....ingat sebelum kene ye....wassalam...

Anonymous,  June 1, 2009 at 9:24 PM  

UMNO akan musnahkan PAS dari dalam. Awas !

En. yAt-kO June 1, 2009 at 9:36 PM  

alhamdulillah.. Dgr nasihat ulama. senang dunia akhirat.. amin..

Anonymous,  June 1, 2009 at 10:15 PM  

UMNO itu masak dengan segala tektik jahat dan jahanam, tak payah sebut kejahatan kepala bapak dia dulu2, lihat saja tektik2 yang mereka guna dalam 1, 2 tahun ni, semuanyer mengena kan? mereka pura2 baik / buat muka kesian kat depan awak, tapi kamu tak tau sebenarnya mereka da menyelinap masuk "kem" kamu untuk musnahkan kamu dari dalam/gelap/belakang, tak serik2 lagi? jangan sampai pisang berbuah dua kali, UMNO itu musang berbulu ayam, ingat ! musang tu musang juga, cam ner dia nyamar dia tetap musang juga, cuma orang bodoh jer lah yang termakan dengan umpan dan masuk perangkap UMNO laknatullah, sekali terperangkap, boleh dimaafkan, tapi kalau terperangkap kali 2, 3, itu namanya lembu bahlul, memang patut kena makan musang !

Blog list