Rakan WARTAMAYA

Monday, June 1, 2009

Bubar DUN Perak tidak lama lagi - Azmin

Azmin Ali percaya pembubaran DUN Perak akan berlaku tidak lama lagi. Dari maklumat yang dia perolehi, BN tidak ada jalan lain selain dari menyerahkan semula kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan Perak.

Keputusan itu di jangka akan dibuat selepas memperolehi keputusan mahkamah berkaitan dengan 3 katak yang lompat parti nanti, mengelakkan kemarahan rakyat yang berjangkit ke negeri negeri lain.

Maklumat di perolehi dari Minsider ... terjemahan mengikut sedap tekak aku.
Share/Bookmark

3 comments:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 June 1, 2009 at 9:50 AM  

Untuk Azmin Ali...

Tak perlu anda ulang skrip yang telah dilafazkan pemimpin lain sebelum ini (husam dah keluarkan kenyataan pasal ini), sebab bila tak jadi apa yang didakwa tu, rakyat akan muak dan rakyat akan kata pimpinan kita asyik berbohong.

Bukan ahli politik yang hebat kalau asyik cedok 'jalan cerita' yang digarap ahli politik lain hanya semata-mata untuk menzahirkan kehadiran kita di persada politik nasional.

Carilah isu lain untuk diketengahkan. Cukuplah Husam yang gunakan strategi Perang Psikologi tu.

Anonymous,  June 1, 2009 at 10:05 AM  

Azmin oiii !

Jangan bagi harapan kosong kepada rakyat la. Tunjukkan bukti dulu. Dah letih nak dengar cerita macam ni.

Buat dulu baru cerita.

aku le...,  June 1, 2009 at 4:48 PM  

hang tak soh dok harap azmin weiii, gila pe kalau umno nak bubar DUN.jgn dok harap le.

Blog list