Siasat Ghani secara terbuka, baru Mahkamah bebas
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Demi memulihkan semula kebebasan mahkamah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan beberapa individu yang dilihat bersekongkol dengan pihak eksekutif disiasat secara terbuka.
Ianya termasuk menyiasat beberapa dakwaan yang dikaitkan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail sendiri.
"Selagi Peguam Negara tidak dibersihkan, selagi itu mahkamah turut akan dilihat tidak bebas dari pengaruh eksekutif (kerajaan)," ujarnya.
"Kalau nak bersih, tak perlu tutup-tutup (siasatan), tapi perlu terbuka kerana ia lambang integriti mahkamah."
Ujarnya, kesangsian raktar terhadap Abdul Ghani merupakan salah satu sebab Mahkamah tidak dilihat bebas. - + selanjutnya
1 comments:
Terbuka atau tertutup, BN mana telus???
Post a Comment