Rakan WARTAMAYA

Tuesday, November 10, 2009

S'gor pertikai pusat tidak salur dana


[...] "Jika 20% daripada jumlah tersebut (RM3.2 bilion) dipulangkan kepada negeri Selangor, ini akan menjadikan peruntukan yang boleh diterima daripada Kerajaan Persekutuan lebih dua kali ganda daripada bajet semasa," kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangan bajetnya di sidang DUN hari ini.

Beliau juga berkata pemberian daripada kerajaan persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober tahun ini hanya berjumlah RM408.26 juta.

"Jumlah ini merupakan 16.6% daripada Bajet 2009 jika dibandingkan dengan penerimaan pada tahun 2008 menunjukkan penurunan peratusan penerimaan sebanyak 21.65% daripada keseluruhan Bajet 2008 dan 17.64% daripada Bajet 2007," katanya.

Turut dipertikaikan adalah amalan baru menjalankan projek-projek persekutuan secara terus oleh Pejabat Pembangunan Negeri melalui Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU), sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri.
- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list