Laptop untuk dijual ... Segera !
Memandangkan ekonomi tak baik ni .. aku berhajat nak jual Laptop. Kepada pelayar wartamaya, di alu alukan untuk membeli laptop aku ni. 12% dari hasil jualan laptop ni aku nak dermakan ke rumah anak anak yatim dan ibu tunggal.
Keterangan tentang laptop aku adalah seperti berikut.
- 3 x Hi-Speed USB v2.0 – 4 pin USB Type A
- PC Card slot (Type II)
- 5-in-1 card reader (SD, MMC, MS, MS PRO, xD)
- RJ-11 modem/fax/tel line
- Ethernet 10Base-T/100Base-TX – RJ-45
- External display / video – VGA – 15 pin HD D-Sub (HD-15)
- S-video/TV-out (NTSC/PAL) port
- Line-in/microphone – mini-phone 3.5 mm
- Audio line-out/headphones – mini-phone stereo 3.5 mm
- Audio line-in – mini-phone 3.5 mm
Dulu aku beli : RM5,350. 00 (Siap dengan bag sekali)
Tapi harga aku nak jual .. RM 42,320.00
Alasan menjual : Aku nak guna duit tu untuk makan angin ke Eropah, Tunisia dan Morocco.
Apa? Kenapa harganya mahal sangat?. Sorry bro .. Harga tu bukan aku yang letak, tapi aku just ikut harga Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau.
Tak caya cek kat SINI
Semoga aku bertemu dengan pembeli laptop bengong yang tak tau pasal laptop. Mintak mintak tercapai lah cita cita aku nak bantu ibu tunggal ni .. Amin !!!
15 comments:
Salam Wak.
Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau in Penang not only paid the price but bought two units of the same brand – Acer Aspire-5052ANWXMI, at a whopping price of RM84,640, said the Auditor-General’s Report.
In addition, the college purchased 450 units of computer CAD with network card at RM3.45mil for 12 labs. Each 19-inch monitor costs RM8,500 while a 17-inch monitor costs RM7,500.
“A check with local companies showed that the market price for the latest model is between RM5,350 to RM6,500 each. Worse still the computers, Precision 390 Dell, that were supplied are no longer in the market,” it said.
Kesian dengan Pegawai-Pegawai yang lebih bodoh dari otak lembu di Shah Alam. Agaknya apa tindakan SPRM? atau mereka juga mengaminkan kerana mempunyai kebebalan yang sama?
Salam Tuan Mountdweller,
Jangan la komen lebih lebih. Tuan nak beli laptop saya ke tidak ni? tiket melancung saya dah booking tau ...
wakakaka !!!
Sapa yang dah pakai laptop ni? Kot Osama bin Ladin ke, nak jugak Yong beli. Tapi takat Wak aje, eleh!!!
Yong,
Sampai hati ye ...
Duit untung tu nak bantu ibu tunggal tu.
err... wak,inikan pembangunan... hina bangsa kita kalau xde pembangunan macam ni.... wikikiki
salam satu malaysia,,,orang kampung dok nganga makan nasi dengan budu,,yang mengaji tinggi jadi pengarah situ sini dok mentekdarah duit rakyat,,
salam satu malaysia,,,orang kampung dok nganga makan nasi dengan budu,,yang mengaji tinggi jadi pengarah situ sini dok mentekdarah duit rakyat,,
Tudia aihhh.. hega laptop sama ngan sebuah kedai komputer. Pandai betoi wak letak harga.
Lagi pandai Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau kerana beli laptop cam Wak.
wakakaaaa.............
Nah aihhh... hega laptop Wak boleh buka sebuah kedai pc.
aku lah org bodoh tu kalau beli laptop Wak. wakakakaaaa....
Makin lama, makin dekat bangsa melayu akan tertanggal segala yang ada pada tubuhnya.
Mara adalah satu dana untuk orang2 Melayu, dimana bangsa lain tiada kuasa atau pun HAK.
Inilah tanda2 bangsa lain sudah mula memasang jerat secara perlahan dan senyap. Mereka sudah sekian lama ingin membongkar atau ingin memusnahkan MARA.
Bila MARA dapat dimusnahkan atau dihapuskan, dan senang lah buat mereka menguasai orang2 MELAYU.
Berhati2 lah bangsa ku, mereka menanti dan menunggu saat dan waktunya sahaja.Bila ia berlaku tak usah lah kita saling menyalahkan atau menuding jari sesama sendiri.
salam..
wak kalu nak tolong ibu tunggal tu, wak buka je cawangan baru.. hilang la title tunggal tu..
wak dan yg lain,
kita tak buleh marah kolej mara yg beli laptop mahai mcm tu. pengarah kolej tu cuma nak tolong syarikat bumiputera yg dok supply laptop tu.
hangpa kena ingat kita kena bantu syarikat bumiputera. kalau kita tak bantu sapa lagi mau bantu? takkan nak harap amno kot hahahahaha lagi pun ketuanan malayu mesti diteruskan dgn pembelian laptop ini. tiada syarikat melayu tiada ketuanan melayu muahahahahah
balik pulau tu.tampat aku lagi..ni bukan menbantu kompeni melayu.ni mengkayakan krono pengarah tu.dasar melayu tul la.woi pengarah kktm ko tolong ko punya student yang xcident ahad lepas pun xpe.bdak kampus ko gak.dh la xcdent depan kampus.cian kat dia..
teori aku ialah kemungkinan keyboard laptop itu sudah ditukarkan kepada emas hitam oleh pihak MARA sbb tu lah mahal..hehe
Tindakan yang berpatutan mesti dikenakan dan diharapkan SPRM dapat jalankan tugas...jangan nak tunggu arahan aje dari puak-puak tertentu.
Post a Comment