Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 22, 2009

Lawak punya cerita



Ada wanita mengandung termuntah kerana cium bau belacan. Bila di bawa ke mahkamah, makcik tua tu kena denda RM600.00

Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun pulak tu bertungkus lumus membeli 3 bungkus belacan tu dengan harga RM2.50 setiap satu. Setelah di analisa, mengikut undang undang Peraturan 163.(2)(a)(ii) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, belacan yang dijual kena ada paling kurang 25% kandungan protin. Kalau tak, boleh disaman. (La .. baru aku tau ada undang-undang ni)

Orang tua tu kata lagi, dia dah 5 tahun niaga, tapi tak pernah ada orang saman, tak pernah ada yang mengadu. Dia bukan buat sendiri belacan tu, tapi beli borong dari Pulau Pinang. Tokey busat rilex, tawkey runcit yang kena.

Rujuk SINI.

Aduhai .. ni macam pun ada. Kesian makcik tu ..

Lepas ni kalau bini ngandung .. suruh dia cium semua jenis barang. Kalau muntah, kita boleh buat kes. Memang klasssss .....
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  October 23, 2009 at 5:02 AM  

Seluruh rakyat Malaysia patut kutuk pendakwa kes, magistrate yang menjatuhkan hukuman, dan sesiapa saja yang menganiaya makcik tersebut... Macam tu ka hangpa bagi anak bini hangpa makan? Mari kita celakakan mereka...

Blog list