Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 29, 2009

Dunia dah terbalik


[...] "Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat parti seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog." - + selanjutnya

Dulu PAS tak takut dengan blog, sekarang dah terbalik. Nape errrrk?
Share/Bookmark

6 comments:

tok iskandar October 29, 2009 at 4:41 PM  

Selangor sedang mengalami sedikit ribut dalam cawan apabila adun pelabuhan Klang mengisytiharkan keluar dari PKR setelah didesak MB meletakkan jawatannya kerana gagal berkhidmat untuk rakyat di kawasannya.

Tiba-tiba ada suara sumbang mempertahankan badrul hisham,MB tak boleh paksa adun letak jawatan.

Suara tu tak lain dan tak bukan adalah suara ketua perhubungan umno selangor yang juga PM kita @ 1 Malaysian.

Pakatan Rakyat Selangor kerana pertahankan kerajaan mereka habis-habisan kerana di mana najib jadi ketua perhubungan umno negeri,di situ kerajaan pakatan rakyat tumbang.ambik contoh Perak.

sehari dua lagi mungkin badrul ni masuk umno.tok cadangkan jika ini berlaku eloklah dia dihadapkan ke selcat dan lepas tu digantung setahun.tak payah buat pilihanraya.bazirkan duit je.kita tengok nak ke tak nak najib terima dia lepas tu.

Anonymous,  October 29, 2009 at 5:02 PM  

Badrul tak puas hati dengan Khalid ibrahim. Khalid pun sebenarnya bukan bagus sangat. Banyak PKR cawangan Ijok yang bantah siKhalid ni. Cawangan kami terbiar. Mensyuarat tahunan pun dia tak ambil berat.

Sekarang Khalid cerita orang lain tak buat kerja, tapi dia sendiri bagaimana?

Kita kena dengar rintihan orang bawah, ramai yang minta Khalid letak saja jawatan. tapi dia tak mau.

Firdaus Omar October 29, 2009 at 6:54 PM  

Yang dedah masalah dalaman PAS kepada blogger Umno siapa pulak yer?

Jawab bro jawab..

Anonymous,  October 30, 2009 at 9:33 AM  

bukan semua org buleh mentadbir dgn baik..terlalu byk halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi ...hanya iman dan takwa mampu membawa manusia kearah kejayaan dan kemenangan..sama2 lah berdoa agar negara kita dikurniakan pemimpin yang diredai...

Unknown October 30, 2009 at 11:08 AM  

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan ridun-rinduan

Yong October 30, 2009 at 1:34 PM  

Firdaus,
Yelah, kita semua tahu sape yang jemput blogger2 ameno tu ke rumah Hassan Ali. Takkan Husam kot?

Blog list