Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 29, 2009

Blog trick : Bagaimana nak download gambar dalam blog

Salam semua rakan rakan. Kita kasi cool sikit dari berita politik, dan hari ni kita belajar cara nak "download gambar" dari website ke blog anda untuk mencantikkan artikel yang anda buat.

Lihat gambar di atas. Selepas anda buka blog dan mula untuk menulis, di atas ruangan menulis anda akan lihat paparan di atas, ada simbol gambar. Kalau anda mahu masukkan gambar di dalam ruangan artikel, anda perlu klik logo tersebut.

Sebelum itu, pastikan gambar yang anda ingin masukkan ke dalam blog. Contohnya .. kita gi ke pakcik google.


Di dalam ruangan di atas .. anda taip "monyet" .. dan tekan butang 'search'

Paparan baru akan keluar dan kelihatan senarai tulisan yang mengandungi perkataan "monyet". Untuk dapat imej sahaja ... anda perlu rujuk bahagian atas, terdapat seperti paparan dibawah. Tekan 'images'


Senarai hanya gambar "monyet" akan keluar seperti di bawah.



Tekan monyet yang anda rasa sesuai untuk artikel anda. Saya pilih yang pakai spek tu. Nampak cun .. "Klik" pada gambar tersebut. Paparan dibawah akan keluar.


Klik "See Full size image", untuk dapatkan "alamat URL" image itu. Seterusnya Paparan berikut akan muncul.



Ok .. Perhatikan di atas .. ruangan di sebelah logo "rumah" tu, di bahagian atas.
Ada alamat URL :

http:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8iVQ1mWSTNheS1XiYa_ijTfM8bugLn_vHiY1KOfAnb4HMMO3BHmhbSR3TxJCzFlNw_hPaGZGbvjYjZ-l7hvM02zqJVCSHOIITGaLLqZ26I6QJzYvSECkmUFamock5njJfF9KLBqcnhmLy/s400/monyet.jpg

Pada awal 'http' Saya klik kanan mouse dan tarik ke penghujung alamat URL 'jpg'. Selesai tarik, saya klik tekan kanan mouse .. dan klik 'copy'. Ok .. saya dan save alamat URL monyet tu. Kembali ke blog anda dan tekan logo 'gambar' di atas ruangan tulis artikel anda. Imej berikut akan muncul.



Masukkan alamat URL tadi ke dalam ruangan "URL" di sebelah kanan paparan, dengan cara tekan kanan mouse .. dan klik "Paste". Anda boleh pilih untuk letak imej itu, di kiri, tengah atau kanan artikel. Lihat imej di atas "Left", "Center", "right" atau "None"

Selepas semuanya selesai .. "Upload Image". Tunggu sebentar. Jika berjaya, paparan di bawah akan keluar.


Tekan "Done" dan gambar yang anda sudah berada di dalam ruangan Artikel anda. Selesai buat artikel .. seperti biasa, tekan "Publish".
OK ? ... kalau ada masalah .. boleh tanya di ruangan komen.
Klik untuk semua artikel berkaitan.

salam dan jumpa lagi ..
Share/Bookmark

10 comments:

eyes October 29, 2009 at 9:10 PM  

salam tolng tunjuk atau bagi trik nak buat posting yang read more atu nak ringkaskan artikel

mangchikla October 29, 2009 at 9:32 PM  

weih bang, mohon nasihat. eden simpan gambo den kek photobucket. Dulu dulu den masukkan URL den kek belah kanan tu ok jo kuar kek blog den, boleh kontrol size bosa , kocik atau , sederhano. skrang sumo jadik bosa takleh nak pilih kocik ko sederano ko. Apo sobab musababnyo pueh den buek takleh gak nak tuka ikot selero den. Timo kasih yo, semogo murah rozoki ang

fawi October 29, 2009 at 10:29 PM  

jazakallah...kalau ada banyak gambor nak upload, pakai picasa ghasernya lagi cepat. Provided ada dlm computer ler.....comel gak monkey pakai spec..

Pyanhabib October 29, 2009 at 11:04 PM  

huuu, susah jugak nak masuk kepala, weh!

wartamaya October 30, 2009 at 5:12 AM  

eyes,

menarik gak tu. Gua masukkan dalam kepala. Dia ada 2, 3 cara .. nanti dulu. mungkin lepas lepas ni kot gua tunjukkan.

InsyaAllah.

wartamaya October 30, 2009 at 5:20 AM  

mangchikla,

Amboi .. macam la den pandai buek sumo. Tapi den ghaso .. kono buek manual tu.

Kalau dalam posting. Ekau gi ko 'edit post'. Dalam ruangan tulis posting tu, ekau "Edit Html". Dia ada siza gambar, contohnya: 400 px x 230 px. Tapi kadang kadang tak der.

Cara lain .. Kecik dan besar kan gambar ni pun boleh dibuat cara "drag gambar" dengan mouse menjadi kecil atau besar.

Nanti ada masa kita citer bab tu lagi. InsyaAllah.

wartamaya October 30, 2009 at 5:20 AM  

mangchikla,

Amboi .. macam la den pandai buek sumo. Tapi den ghaso .. kono buek manual tu.

Kalau dalam posting. Ekau gi ko 'edit post'. Dalam ruangan tulis posting tu, ekau "Edit Html". Dia ada siza gambar, contohnya: 400 px x 230 px. Tapi kadang kadang tak der.

Cara lain .. Kecik dan besar kan gambar ni pun boleh dibuat cara "drag gambar" dengan mouse menjadi kecil atau besar.

Nanti ada masa kita citer bab tu lagi. InsyaAllah.

wartamaya October 30, 2009 at 5:21 AM  

fawi,

saya tak pernah pakai Picasa. Mungkin lebih menarik.

wartamaya October 30, 2009 at 5:22 AM  

Pyanhabib,

dia ada cari lagi mudah. nanti kita godek lagi komputer ni.

wartamaya October 30, 2009 at 5:47 AM  

Pyanhabib,

Sorry la bro, gua baru cuba nak jadi guru. Dulu sekolah tak pandai. Kalu wa lulus SRP dulu, mungkin sekarang dah jadi doktor.

He he he

Blog list