Rakan WARTAMAYA

Sunday, September 27, 2009

Siasat siapa hina Sultan


KUALA KANGSAR 26 Sept. - Siasatan mengenai siapa sebenarnya yang menghina Sultan dan Raja Muda Perak serta mencerca agama Islam menerusi satu laman blog yang dikaitkan dengan Ketua Pemuda Sosialis DAP, Loke Siew Fook perlu diteruskan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas pihak yang dikenal pasti bertanggungjawab menulis artikel biadap itu bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang.

''Kita bimbang sekiranya tiada tindakan, ia akan menimbulkan rasa marah masyarakat terutama di kalangan orang Melayu dan beragama Islam berikutan ada pihak-pihak tertentu mempertikaikan kedaulatan raja-raja Melayu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Padang Rengas di pekarangan bangunan UMNO Bahagian Padang Rengas, Lubuk Merbau, dekat sini hari ini. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list