Rakan WARTAMAYA

Sunday, September 27, 2009

Jadikan Mahathir penasihat kerajaan


KOTA BHARU 26 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai penasihat kerajaan dan UMNO.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menyampaikan pandangan secara tertutup agar tidak dieksploitasi oleh pihak ketiga.

Beliau juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbangkan perkara ini secara serius bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan dan dijadikan modal politik untuk mengelirukan rakyat.

"Selama 21 tahun Dr. Mahathir berjuang dan memberikan khidmat yang luar biasa serta banyak berjasa, sudah tentu beliau mahu melihat dasarnya sebelum ini diteruskan sehingga Wawasan 2020 tercapai. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list