Rakan WARTAMAYA

Saturday, September 26, 2009

PAS timbang tindakan disiplin terhadap Hasan Ali?


PETALING JAYA: PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Malah, mStar Online juga difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.- + selanjutnya

Share/Bookmark

5 comments:

suprie08 September 26, 2009 at 10:40 PM  

DULU PUN AKU DAH KOMEN,SEBARANG MASAALAH BOLIH BERCAKAP DIHADAPAN KAWAN BUKAN KONDEM DARI BELAKANG,APA TUJUAN HASAN ALI BUAT BEGITU,NAK TUNJUK DIA BIJAK KOT,YG AKU NAMPAK CARA HASANALI BUAT KENYATAAN TU KURANG CERDIK,RAKYAT PUN MELUAT KALAU SELALU BERTELAGAH,DISELANGOR HASAN KERAP SANGAT BUAT KECOH,MATANGLAH FIKIRAN,JANGAN ANGGAP DIRI KITA LEBIH BIJAK....

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) September 26, 2009 at 10:51 PM  

InsyaAllah yang faham etika PAS tidak terlajak bertindak. Walaupun PAS dalam pakatan, Pendirian PAS adalah keutamaan....
Nampaknya hanya Mahfuz yang rajin buat kenyataan... Dr Zul tolong tokok...
kenapa Mstar suka sangat ambil kenyataan Mahfuz??? sedangkan Tuan Ibrahim pengerusi disiplin???
entahlae...tentu ada sebab...

uMNGoK,  September 27, 2009 at 1:03 AM  

Kalau nak hentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat lebih baik tak payah jadi blogger Pas atau Pakatan Rakyat. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.

Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas juga bukannya ma'sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

Akhir- akhir ini blogger Pas semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

Kini segelintir bloggers Pas tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato' Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

Oleh itu saya menyeru bloggers2 Pas agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

YDP Pas Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO..

cicitHJHASSANu September 27, 2009 at 3:25 AM  

baguih!!!!
saling tegur menegur....
pakatan semakin kukohhhh...
mampush ameno..
hidup ahli ameno!!!

Anonymous,  September 27, 2009 at 5:01 AM  

Mengikut laporan mstar, hassan ali mendapat sokongan dari Haji Hadi, Haji Nasharudin Mat Isa dan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Jika benar laporan ini, betullah telahan saya sebelum ini bahawa hassan ali tidak bodoh bertindak melempar spaner kejentera pakatan rakyat negeri selangor. Saya telah katakan bahawa hassan ali tentu mendapat restu dari pimpinan tertinggi PAS Pusat yang pro UMNO.

Hari ini dr zulkifli juga ada membuat kenyataan. Tetapi kita mahu mendengar kenyataan dari Presiden PAS sendiri mengenai perkara ini dan apa tindakan yang akan diambil terhadap hassan ali. Percayalah, beliau tindakan akan membuat kenyataan apa-apa dan tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap hassan ali. Malah, beliau akan berhujah untuk mempertahankan tindakan tersebut.

Isu pemimpin PAS yang pro UMNo ini telah lama berlarutan didalam parti PAS. Rasanya eloklah pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang pro UMNo ini, hatta Presiden sendiri, pi la isi borang keahlian UMNO. Tidak ada guna dok berdalih lama-lama.

Lagipun beliau bukan presiden PAS pertama yang akan menyertai UMNo. Allahyarham dato asri, bekas Yang DiPertua PAS pun telah menyertai UMNO.


bat8

Blog list