"Samy, MIC dan BN .. semua kitorang menyampah"
Tahniah samy !
Sebenarnya memang MIC mungkin di takdirkan akan tenggelam dengan Samy sekali. Kerana itu lah Samy masih mahu kekal di dalam MIC. Walaupun Subra cuba buat budaya baru di dalam parti itu, tapi tak berjaya kerana MIC itu samy, samy adalah MIC. Di asak oleh Pemimpin pemimpin BN yang lain, tapi Samy ada class ... Dia terus kukuh dengan caranya sendiri. Tu pasal ketika dia buang undi semalam, muka dia penuh dengan kemasaman. Geram sungguh agaknya. Pemimpin BN yang lain takut, kalau ada Samy, BN akan kalah lagi, macam PRU12 dulu.
Michael jackson di kebumikan dengan sarung tangannya. Biar lah Samy dengan MIC nye. Apesal nak kecoh?
Menilai kenyataan Samy .."Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya".
Hmm .. Samy tak turun bawah agaknya. Sebenarnya kenyataan tu sekadar nak sedapkan hati sendiri.
Realitinya, menurut kawan kawan India aku ... "Samy, MIC dan BN .. semua pun kitorang menyampah"
0 comments:
Post a Comment