Rakan WARTAMAYA

Sunday, September 13, 2009

Puasa sebulan, raya pun sebulan

Radenjowo

Ekonomi tak baik sejak dua tiga tahun ni. Dalam lemas dengan ekonomi merapu ni, tahun lepas, dapat jugak aku beli baju untuk anak. Barang sepasang sorang. Tahun ni nampaknya ekonomi masih di tahap yang sama.

Apa? Kat TV kata ekonomi dah ok .. Cettt… TIPU TU !!!
“Hang pecaya kat TV buat apa? .. hang pun bodoh macam depa”

Jadi .. tahun ni aku cadang, kurang kan lagi belanja dibanding tahun lepas. Baik ramadhan atau syawal. Target aku.. nak kurang kan belanja. Bukan untuk aku sahaja, tapi untuk masa depan anak anak jugak. Cehhhh .. tukar budaya.

Nak raya atau nak miskin lepas raya?

Aku dan isteri sudah pun berbincang dan agenda pun bermula lah ..

“Ayah kena cakap dengan budak budak”, kata isteri.
“Ok .. ayah tak ada hal”, aku jawab.

Isteri terus pergi ke dapur untuk mengemas ..

“Baik lah ! … ok anak anak semua .. ! Mari sini semua abah nak cerita”, aku panggil anak anak untuk datang rapat untuk dengar nasihat dari aku. Cehhh .. macam real.
Mula kan cerita tentang tujuan bulan Ramadhan. POT PET POT PET .. sampai ke terjemahan Hari raya. Seturusnya penutup … jeng jeng jeng …

“Maka .. tahun ini kalau boleh kita pakai baju baju yang lepas. Tak baik membazir. Kalau pakai baju baru, nanti orang miskin kecil hati. Kalau mereka kecil hati, berdosa kita. Kesian kat orang miskin”, aku buat pengumuman, perasan macam pemegang mohor besar raja raja pulak.

Semua anak anak termenung, mulut melopong. Si Bongsu tak cakap sepatah, terus meluru ke dapor .. di ikuti oleh kakaknya, Si Alang ..

Rupa rupanya kat dapor mereka bertanya pada si ibu , “Ibu … Tak der baju raya ke tahun ni?”

Nak tau apa jadi?

Semalam .. aku pegi bawak anak anak beli baju Raya .. Huhuhu

Waktu malamnya, sebelum tidur .. Sibongsu bercerita .. “Ayah… kat TV tu semua pakai baju baru. Mawi pakai baju baru, Erra pakai baju baru, semua pun pakai baju baru. Kedai baju pun potong harga. Semuanya ada kat TV?”

… Grrrrrrrr…Teringat lagu raya ..,

Berbaju merah jambu
Berkain songket biru
Dengan senyum ketawa
Pada pagi hari raya

Berkunjung rumah taulan
Menghibur hati rawan
Berjabat-jabat tangan
Bermuram jangan
Cettt ..Dulu pun sama rupanya ..
Belum lagi cerita pasal ‘rumah terbuka’, ‘angpow’ dan ‘hamper’

Satu satu budaya yang aku cukup bangga ...
PUASA SEBULAN, RAYA PUN SEBULAN

Adoiii .. pengsan … pengsan …. !
Kita baca camaner negara lain beraya.. KAT SINI dan KAT SINI.
Share/Bookmark

1 comments:

Yong September 13, 2009 at 7:12 PM  

Raya ni Yong nak nyorok supaya tak payah bagi duit raya kat bebudak. SELAMAT ID-MUBARAK. Takde bonus. Takde duit raya.

Blog list