Salah kerajaan Selangor - Ibrahim Ali
PUTRAJAYA 31 Ogos - Isu bantahan keras penduduk Seksyen 23, Shah Alam terhadap pembinaan kuil di kawasan mereka berpunca dari tindak-tanduk kerajaan negeri Selangor sendiri yang tidak meminta pandangan mereka sebelum membuat keputusan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, rumusan itu diperoleh hasil siasatan pihaknya setelah menemubual penduduk kawasan tersebut baru-baru ini.
Menurutnya, siasatan turut mendapati perarakan bantahan kira-kira 200 penduduk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Jumaat lalu dianggotai penduduk tempatan yang turut terdiri daripada campuran ketiga-tiga parti Melayu.
''Tidak ada sentimen parti di kalangan umat Melayu Islam dan tidak ada hasutan mana-mana pihak. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment