Rakan WARTAMAYA

Tuesday, September 1, 2009

MCA makin tenat

KUALA LUMPUR: Krisis MCA dijangka bertambah meruncing apabila dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) mungkin diadakan susulan pemecatan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada parti, minggu lalu.

Ini berikutan keputusan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, untuk memanggil EGM ketika penyokong Dr Chua turut merancang mengadakan mesyuarat berkenaan dalam usaha membatalkan pemecatan Timbalan Presiden itu.

Ong dalam satu kenyataan di dalam blognya semalam berkata, beliau terpaksa menggunakan klausa 30.1 perlembagaan parti untuk mengarahkan EGM diadakan bagi membolehkan perwakilan menyatakan pendirian berhubung kontroversi pemecatan Chua berikutan skandal seksnya pada 2007. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list