Rakan WARTAMAYA

Monday, August 31, 2009

UMNO Selangor sifatkan keputusan kerajaan negeri 'terlambat'

SHAH ALAM 30 Ogos - UMNO Selangor menyifatkan keputusan kerajaan negeri mahu mengadakan perbincangan dengan penduduk Islam Seksyen 23 yang membantah keras pembinaan kuil di kawasan mereka sebagai sudah 'terlambat'.

Sambil membidas keputusan itu, Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus menegaskan, kerajaan negeri sepatutnya berbincang sebelum memutuskan untuk membina rumah ibadat itu di kawasan berkenaan.

Tegasnya, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah pandangan penduduk Islam yang majoriti mendiami di kawasan perumahan itu.

''Bantahan yang dikemukakan oleh penduduk sebelum ini langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri. Bila penduduk buat perhimpunan dan arak kepala lembu, barulah mereka nak dengar, nak berbincang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list