Rakan WARTAMAYA

Monday, August 31, 2009

Merdeka!... Di mana Jalur Gemilang?

HARI ini 31 Ogos 2009, bermakna genap 52 tahun kita mengecapi kemerdekaan. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52. Hari ini juga genap 10 Ramadan, bermakna, hari kesepuluh umat Islam menjalani ibadah puasa. Semoga kemerdekaan kita dan ibadat kita pada bulan yang mulia ini diberkati. Disebabkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini jatuh pada bulan puasa dan ketika negara malahan dunia sedang bergelut melawan wabak selesema babi influenza A (H1N1), maka sambutan kali ini terpaksa berlangsung dalam suasana sederhana.

Lebih banyak acara keagamaan diadakan. Bermula dengan cadangan sambutan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia terpaksa dipindahkan ke pekarangan Parlimen. Masa sambutan pada hari ini juga cuma 40 minit. Tetapi semangat sambutan tetap sama. Cuma yang agak mengecewakan ialah keghairahan masyarakat kita mengibarkan Jalur Gemilang. Mungkin sedikit keghairahan boleh dilihat di ibu negara. Itu pun disebabkan program kerajaan MenjalurGemilangkan Kuala Lumpur. Kerajaan juga dengan sokongan pihak swasta mengagihkan bendera secara percuma. Tetapi bagaimana pula di negeri-negeri lain. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list