Rakan WARTAMAYA

Monday, August 31, 2009

Reformis bidas MB

PUTRAJAYA 30 Ogos - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menyifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang ketua kerajaan negeri yang tidak bijak dan tidak tahu mentadbir sebuah negeri maju.

Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, antara kelemahan ketara Menteri Besar itu adalah kegagalannya menangani isu pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam dengan baik sehingga mencetuskan rasa kurang senang majoriti penduduk Islam di kawasan itu.

Beliau berkata, Reformis sejak dulu lagi mengecam segala bentuk pentadbiran Abdul Khalid yang lemah sehingga menjurus kepada penganiayaan terhadap rakyat khususnya di Selangor.

''Isu pembinaan kuil di Seksyen 23 seharusnya boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu mencetuskan ketegangan antara kaum," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list