Selepas Kampung Buah Pala, kini giliran penduduk Tanjung Tokong
GEORGE TOWN - Belum pun selesai cerita penduduk Kampung Buah Pala, satu lagi kampung tradisi bakal menerima nasib serupa.
Kali ini melibatkan kira-kira 252 keluarga penduduk Melayu di Kampung Tanjung Tokong di sini yang meminta campur tangan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu pampasan dan pemindahan semula.
Mereka mendakwa pemajunya, UDA Holdings Berhad yang bakal membangunkan kawasan tersebut tidak mempedulikan keluhan mereka yang diibaratkan seperti 'mencurah air di daun keladi'.
Janji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Teh Tyee Cheu dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri, Wong Hon Wai untuk menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut penduduk sebaik mungkin juga tidak mendapat perhatian serius. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment