Rakan WARTAMAYA

Monday, August 24, 2009

Tak payah pilihanraya laaaa.... !

Apa? ... hangpa ingat lompat parti ni main main ka? Ada pemimpin yang dah tak sanggup nak tunggu tempoh lagi ka? Tak sampai 5 tahun, depa pakat lompat.

Ada yang syok tunggu berita 'lompat'. Ni perangai orang politik la. Tak kira la kalau parti A ke atau parti B ka. Hangpa semua sama ja. Cerita pasal lompat ni memang aku nyampah sangat. Lain lah kalau yang lompat tu tak dak jawatan. Setakat ketua cawangan, JKKK atau setiausaha bahagian kalu, Pi mampuih hangpa nak lompat mana pun.

Apesai depa nak lompat? Duit? Balas dendam? Tak puas hati .. ?

Nak cari alasan memang senang. Dah lompat... pasai itu la, ini la, yang itu la, yang ini la ... Banyak la cengkadak nko.

Yang dok menyeringai dan melopong ... adalah rakyat dan pengundi. Kita dok pilih pemimpin, tapi pemimpin lompat ikut suka kepala mak bapak depa.

Bila tiba pilihanraya, rakyat buang masa pi beratoq. Ambik cuti dan kadang tu terpaksa usung bawak anak bini ke tempat mengundi. Kalau aku ambik overtime, dah sah dapat duit. Tu belum citer pasai Panas? Hujan ? Tapi kena piii .... Itu tanggung jawab kita. Kononnya... pilihanraya adalah masa kita pilih pemimpin.

Mari la mari .. pergi mengundi, Tunai kan kewajipan pada negara.

Tapi orang politik jenis ni tak pikir semua tu. Bila marah, dendam, sakit hati, takut kalah ... depa lompat. Tak payah tunggu 5 tahun pun.

Orang politik cam ni tak pentingkan rakyat pun. Pentingkan diri sendiri, pentingkan poket sendiri. Ingat yang keluaq mengundi tahun 2008 dulu, cuma mak bapak depa je ka?

Tahun 2012/2013 nanti kita kena kena beratoq lagi ka?
Ini macaam tak payah pilihanraya laaaaa wwwoiiiiiii ..... !

Sabaq ... sabaq ... bulan posa. Phuh ... nasib baik la.
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  August 24, 2009 at 8:37 AM  

Salam,
Awat hang marah2 ni.Hang pilah marahkan Si DSAI tu. Inikan idea dia jugak.Sabo...sabo....noh.

Blog list