Memo ke KDN isu Al Islam hina Katholik
Selepas membuat laporan polis lebih sebulan, penganut Katholik masih tidak berpuas hati dengan kelewatan tindakan terhadap wartawan Al-Islam yang didakwa menghina agama itu.
"Sampai hari ini tidak ada apa-apa. Sedangkan kita dimaklumkan siasatan telah selesai.
"Tidak dengar pula hendak dakwa (wartawan itu) atau bagaimana," kata seorang penganut agama itu Sudhagaran Stanley.
Pada 8 Julai lalu, Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier membuat aduan polis berhubung isu penyamaran wartawan majalah itu Muhd Ridwan Abdul Jalil sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam. - + selanjutnya
1 comments:
Islam adalah agama resmi persekutuan dan agama lain bebas diamalkan. Bebas DIAMALKAN bukannya bebas di SEBARKAN. Hormatilah kenyataan tersebut. Mungkin agama ini majoriti didunia tetapi terlalu minoriti di Tanah Melayu.
status quo banjar
Post a Comment