Khianat Melayu, cabar berdebat dan pengecut
KUANTAN, Ogos 12 — Baru-baru ini, dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Umno Bahagian Sri Gading, Batu Pahat, Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah secara tiba-tiba mengeluarkan satu tuduhan serius terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya Anwar pengkhianat Melayu.
Ucapan Muhyiddin ini segera mendapat respon dari ramai pemimpin Umno di semua peringkat. Sudah tentulah semua respon ini dalam bentuk kenyataan sokongan, sesetengahnya ditambah pula sehingga menjadi berlebihan. Ketua Pemuda Umno Pahang, Abu Jimi Samad semalam mengumumkan yang Pemuda Umno Pahang mula mengadakan kempen mengumpul tandatangan bagi menyokong kenyataan Muhyiddin itu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad dalam reaksinya menempelak Abu Jimi yang gagal menyediakan fakta dan bukti dalam menyokong tuduhan Muhyiddin terhadap Anwar. Bahkan dalam meneliti kenyataan Abu Jimi, ulas Suhaimi, beliau hanya menemui dua alasan yang kelihatannya langsung tidak relevan dengan tuduhan yang dilemparkan.
Anwar dikatakan pengkhianat Melayu oleh Abu Jimi kerana kononnya beliau bertanggungjawab cuba menghapuskan hak orang Melayu. Ini adalah tuduhan yang bersifat umum dan longgar tanpa ada sertaan bukti yang sahih dan konkrit. Abu Jimi harus bertanya diri sendiri, siapa yang cuba mencabut “tongkat” orang Melayu? - + selanjutnya
2 comments:
Salam Wak.
Saya teringat satu ungkapan "Seluar, seluar saya tapi tahi bukanan saya!"
tgk la video khairani, meor , norlaila dll. baru la tau anwar tu metrosexsual...suruh la anwar saman 100juta , nape..takutt?? emm..
Post a Comment