Risalah Merah? Tangkap!
Merdekareview
Sebagai Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG) Kuala Lumpur, saya bertanggungjawab mengetuai mana-mana projek, program serta aktiviti kesedaran undang-undang yang dianjurkan oleh PBG Kuala Lumpur di bawah Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang. Antaranya adalah penghasilan dan pengedaran risalah-risalah yang mengandungi maklumat dan pendidikan untuk orang ramai supaya mereka sedar akan hak mereka dari segi undang-undang.
Risalah-risalah berwarna-warni yang banyak itu disusun dengan kemas di sebuah rak di depan pintu masuk pejabat PBG di tingkat 9 Wisma Kraftangan, bersebelahan Masjid Jamek. Adakalanya, kami (peguam-peguam sukarela PBG) akan mengedarkan risalah-risalah tersebut apabila kami menghadiri program-program luar seperti di sekolah, kolej, pasar malam, bahkan di tepi jalan pun akan kami edarkan apabila ada kesempatan. - + selanjutnya
1 comments:
wak dah ada belom...
kalo ada sy nk jgk..
nk mmbaca sebagai pengetahuan..
boleh email
bundy1412@yahoo.com.my
makaceh
Post a Comment