Rakan WARTAMAYA

Wednesday, January 11, 2012

Nak belajaq agama pun susah ka?

 
Aku tulis semula .. 

KISAH SEORANG TEMAN UTK DIBUAT RENUNGAN ..

Baru-baru ini saya yang mempunyai 3 orang anak yang bersekolah di sekolah kebangsaan telah selesai untuk sessi pendaftaran disekolah tersebut.Tiada bayaran yuran membebankan disitu.Setelah itu saya mendaftarkan pula anak2 di sekolah agama KAFA ini dikawasan kediaman rumah saya.walaupun agak mengejutkan dengan bayaran sebanyak RM650 untuk sessi persekolahan mereka termasuk yuran untuk 2 bulan.Tetapi atas rasa tanggungjawab saya membayarnya dengan sedikit terasa bebannya.Mahal juga yuran KAFA ini.Bentak hati saya.Bagaimanalah nasib bagi ibubapa yang tidak mampu untuk membayar sebanyak itu. Tidak habis disitu,tetiba 3 orang anak balik dari persekolahan KAFA itu membawa 3 surat yang berlainan meminta untuk bayaran untuk membeli buku teks pulak.Buku apa lagi yang hendak dibeli?Bukan sudah dibayar yuran tempohari? 'Ini untuk beli buku teks abah'.Aduhhh ada lagi ker?Lalu keesokkan harinya saya ke pejabat sekolah KAFA tersebut.Memang benar pengetua itu kata,ibu bapa kena beli lagi buku teks daripada pihak JAKIM pula sebanyak 7 buah seorang.Lalu pengetua itu menunjukkan surat daripada pihak JAIS berkenaan perkara itu yang bernumbor rujukkan JAI.SEL.BPI/05/010/03(1).'Ini wajib beli ker ustaz?'.Saya bertanya.'Wajib beli kerana ini arahan JAIS'.kata ustaz itu. Dari situ saya buat kesimpulan bahawa pihak berkuasa agama terutama JAIS dan JAKIM telah merumitkan penyampaian agama kepada semua umat islam terutama anak2 kita yang masih mentah ini.Pernahkah pihak mereka memikirkan bahawa berapa ramai anak2 kita yang tidak bersekolah agama disebabkan bebanan yang mereka pikul selama ini.Sudahlah bebanan bersekolah kebangsaan dirasai,dipukul lagi dengan bebanan yuran disekolah agama pula.

Kredit untuk FB Pembantah Kezaliman


WM: sama cam kes, 'susah minta bantuan kat zakat, gi gereja' ... Benda yang senang, di susah-susahkan. Macam tak reti pikir dah orang atas tu kecuali cari idea business, camana nak wat duit. Duit .. duit .. duit .. 
Share/Bookmark

7 comments:

Anonymous,  January 11, 2012 at 11:38 AM  

tanya sama Hassan Ali ...

Anonymous,  January 11, 2012 at 1:38 PM  

maaf cakap le, hassan ali ini pandai bercakap saja, perlaksanaan apa yang dia cakap, di sendiripun tak boleh nak buat

mangchikla January 11, 2012 at 4:35 PM  

Jom ramai2 mintak 'sedekah' dari Gereja2 di negeri selangor, almaklum duit Zakat (katernyer asnaf dah jadi 9, betul ke?)yg begitu bnyk dah habis di pakai...

mangchikla January 11, 2012 at 4:36 PM  

ceh! tak nampak 'nota kaki wm' tadi... tak jadi belanja teh..

wartamaya January 11, 2012 at 5:37 PM  

Wakakak .. !!!
Tak baik dah niat tu ..

Unknown January 12, 2012 at 7:32 AM  

kepada pengarah-pengarah jabatan kerjaan, agensi-agensi kerajaan, GLC dan menteri-menteri, belanja-belanja seperti itu tidak membawa kesan kepada mereka sebab semua dah kaya-kaya ..... dan mereka tu tak ambil kesah pun tentang bebanan marhaen ..... asna zakat pun dah masuk orang kaya-kaya ......

nampak gayanya, negara ini akan balik semuala kepada pemerintahan sistem feudal ......!!!

Anonymous,  January 12, 2012 at 10:08 AM  

Soalan Cepumas.....Sapalah yang dapat kontrak bekalkan buku2 tu yek?

Blog list