Di Kuala Lumpur (REFRESH FOR LATEST)
Gambar dari Pisaukarat @twitter
Irene Fernandez @ Pisaukarat
6.45am - Helikopter terus berlegar, kedatangan orang ramai bertambah. Wartawan sudah tiba sejak jam 4.30 pagi. Peserta dari Sarawak pun dalam perjalan ke Mahkamah. NGO Jingga 13 kelihatan sedang mengagihkan topeng Anwar Ibrahim kepada peserta.
12 truck polis dan lori air sudah berada di depan Mahkamah, 32 van polis juga sudah berada sejak jam 5.30 pagi. Laporan dari YB Saifuddin "Tahajud,tasbih,taubat,subuh ..Qiamullail,ramainya pekida dan perkasa hingga tak kelihatan!"
imej @pisaukarat
7.11 am - Pasukan Suhakam diketuai P/jaya James Nayagam & Pj Jannie Lasimbang memantau perhimpunan aman di Mahkamah Jalan Duta, KL hari ini. Kira kira 1,500 org sudah berada di dalam tempat letak kereta dengan laungan "Reformasi" dan "Allahuakbar".
Pergerakan orang ramai di Jalan Duta menuju mahkamah di laporkan @keadilandaily
Halangan di depan mahkamah oleh pihak Polis. Laporan dari @keadilan daily, "Polis beri tekanan dengan geledah beg demontrans #901 dan bertanya soalan mengarut termasuk IC tapi bilangan kian bertambah.
Topeng wajah Anwar Ibrahim @malaysiakini
Cam biasa .. PEKIDA@PERKASA .. cakap je. Badut antarabangsa.
7.23 am - Peserta sedang menyanyikan lagu Negaraku beramai-ramai. Laporan dari @pisaukarat - "YB See Chee How sedang memanjat tiang untuk mengantung banner
Seawal pagi PENIAGA YANG RUGI akibat demo, sedang sibuk melayan pelanggan yang ramai - laporan dari dinbinjai
7.32 am - Hanya keluarga Anwar, diplomat, media dan 10 penyokong sahaja di benarkan masuk ke dalam mahkamah. Keadaan terkini di hadapan mahkamah di laporkan oleh Carolyn Khor
Penyokong 901 dari Sarawak ... imej oleh @BebasAnwar901
Imej di depan mahkamah oleh @lateefakoya
Sambung ke POSTING seterusnya ...
0 comments:
Post a Comment