Rakan WARTAMAYA

Saturday, January 1, 2011

Dr Aziz Bari : Perlantikan SUK,Putrajaya Tidak Ada Kuasa

SHAH ALAM 1 JAN : Pakar Undang-Undang Profesor Dr Aziz Bari menegaskan Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menerima dan memberi perkenan kepada calon kerajaan negeri Selangor untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berkata Undang-Undang Tubuh Negeri jelas menyebelahi kerajaan negeri dalam perlantikan jawatan itu.

"Kalau kita lihat pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Tun Mahathir Mohamad tahun 1994, menimbangkan nasihat bermaksud menerima nasihat. Jadi undang-undang sebenar adalah sultan perlu menerima dan mendengar Menteri Besar," katanya.

Aziz menjelaskan krisis hari ini berlaku ekoran kerakusan Umno-Barisan Nasional meminda Perlembagaan dan memperkasakan kedudukan Eksekutif dengan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Berdasarkan pengamatannya, Aziz berkata undang-undang jelas sekali memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam isu ini.

"Samada pindaan yang dibuat itu tidak sah, ataupun kuasasultan yang menjadi pemutus. kedua-dua perkara ini tidak menguntungkan Umno. kalau melihat kepada pindaan itu, ia menunjukkan tan sri khalid adalah betul," katanya.

Pakar perlembagaan ini menjelaskan Undang-Undang Tubuh Negeri telah meletakkan amalan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua pihak berkenaan.

Artikel 52 (4) menegaskan Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar Selangor. Ia tidak menyatakan individu berkenaan harus mengangkat sumpah di hadapan Sultan.

"Kuasa melantik semenangnya di tangan Sultan, tetapi Sultanperlu meneliti cadangan dari suruhanjaya berkenaan. Sebelum itu,Sultan harus mendengar nasihat menteri besar," katanya.

"Kerajaan pusat tidak ada peranan atau kuasa. apa yang disebutkan oleh Datuk Khir Toyo mungkin apa yang berlaku di zaman Umno sahaja..yang mungkin formaliti sahaja. tetapi kalau berdasarkan perlembagaan, kerajaan persekutuan tidak mempunyai peranan," katanya lagi.

Aziz juga menyokong gesaan supaya wakil-wakil rakyat Selangormengadakan sidang tergempar membantah campurtangan Kerajaan Pusat.

"Ya ia wajar kerana kalau kita lihat Parlimen meluluskan usulprihatin ke atas isu Sultan Johor pukul coach hoki. Jadi tidak adamasalah sekiranya sidang khas diadakan dan membincangkan situasi yang berlaku ini," katanya lagi. - tvselangor

...

NUJ kutuk editor perkauman Utusan


[...] “Utusan Malaysia which used to enjoy daily circulation of 350,000 has now become government’s propaganda tool in playing up racial issues and creating discord among the people of various races,” said Hata (picture) in a statement today.

“NUJ Malaysia also calls on the authorities to act against the chief editor and other editors of Utusan Malaysia for undermining racial harmony in the country,” he added.[ lagi ]

...

Rakyat didahulukan ... wakakak !!!


Polis Suraikan Perhimpunan Aman 200 Penduduk Di Bandar Tun Razak
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyuraikan perhimpunan aman yang disertai kira-kira 200 penduduk sekitar Bandar Tun Razak berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini, tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata peserta perhimpunan bersurai selepas hampir sejam setengah berbincang dengan polis, dan tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.

Kumpulan itu berhimpun bagi menyatakan rasa tidak puas hati kerana peluang perniagaan di terminal TBS-BTS hanya dimiliki dan dimonopoli syarikat besar.

Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Bahrin A.

Razak berkata, penduduk di sekitar Bandar Tun Razak serta peniaga kecil tidak mendapat manfaat daripada pembangunan TBS-BTS.[ lagi ]

------------------------------------
Salam 1Malaysia ... wakakak !!!
Nak wat camane .. memang dah budaya nya cam tu ... wakakak !!!
Itu lah namanya pembangunan ... muakakak !!!

...

Kah kah kah .. mat tempe ni lagi ..


KUALA LUMPUR, 1 Jan — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat campur tangan dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri dengan mengadakan jawatankuasa pemilihan sebagai langkah yang tidak sah.[ lagi ]

-------------------------------
Wakakak !! ...
Wak ... di jaga rumahnya ... wakakak !!!
Nanti cukai ngak bayar ... wakakaka !!!

...

Jangan layan sangat Utusan Meroyan tu


Utusan diminta jangan terlalu obses
Wakil pertubuhan wanita hari ini mengecam pihak yang menyerang ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching brhubung "pakaian ketat" yang dipakainya ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid awal bulan ini.

Menurut pengarah eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah perhatian kepada pakaian Teo merupakan bukti diskriminasi gender terhadap wakil rakyat wanita.[ lagi ]

------------------------
Dah itu tugas Utusan .. Nak buat camane?
Mental? ...... memang rendah ...
Provok je lebih ...
Realitinya ... bukan perkarangan masjid saja, tapi di mana-mana pun kena tutup aurat ..
Kalau penganut agama lain .. ahhh tak heran .. tapi yang kelakar orang Islam sendiri pun tak tutup aurat .. apa cerrrr ?
Yang bestnya .. dapat kurangkan undi bangsa asing pada BN ..
Dah .. tercapai cita cita dan azam tahun ini .. wakakakak !!!

...

Isyarat awal naik harga minyak masak?


Bekalan minyak masak Perlis dijangka pulih

KANGAR 1 Jan — Masalah kekurangan bekalan minyak masak yang membelenggu Perlis sejak bulan lalu dijangka selesai minggu depan apabila stok baru tiba.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis, Razali Lebai Salleh berkata bekalan baru itu dijangka dapat memenuhi keperluan pengguna di negeri tersebut.

"Setakat ini, baki bekalan minyak masak di negeri ini adalah sebanyak 20 tan metrik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen ”Kurangkan Penggunaan Beg Plastik” di Pasaraya C- Mart Arau hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 280,000 tan metrik minyak masak diedarkan kepada pemborong dan peruncit di Perlis untuk tempoh setahun. — Bernama

------------------------
Perlis di Utara ... dekat dengan sempadan ..
Kemudian kuar cerita tangkapan usaha menyeludup minyak masa
Alasan .. minyak masak kita murah berbanding negara luar
Pastu .. naik harga ..
Kemudian keluar kenyataan ... "Kita akan pantau harga barangan lain agar tidak dinaikkan peniaga sewenang-wenang"
Last sekali .. kita pun melopong ..
Jangan bimbang, selalunya ... Kenaikan harga barang akan berlaku selepas pilihanraya ..
Pilihanraya yang terdekat adalah DUN tenang
Kenaikan harga selepas pilihanraya adalah hadiah untuk pengundi .. wakakak !!!

...

Cerita menarik untuk di bincang di DUN Tenang



Ahai .. rezeki .. rezeki ..
Sekurang-kurangnya ada cerita .. muakakak !!!
Tak lama lagi keluar lah amaran SPR untuk cerita pasal benda ni kat DUN Tenang ...
Ini namanya Pertandingan Conteng dan Menang ...
Wakakak !!!

...

Happy New Year ! ... wakaka !


Remaja mabuk pecahkan kereta penduduk
SEREMBAN 1 Jan — Angkara sambutan Tahun Baru 2011, penduduk di Fasa 3 Taman Tuanku Jaafar mengalami kerugian apabila sekumpulan remaja dipercayai mabuk memecahkan cermin kereta milik mereka yang diletakkan di tepi jalan dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi tadi.

Seorang peguam berusia 45 tahun, Zulhaimi Zakaria, berkata ini merupakan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku di taman itu.[ lagi ]

--------------------------
Happy New Year !!! ................ Burp !

...

Sudah jijik undi BN


Saya sebagai pengundi berdaftar dengan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) sudah rasa jijik untuk undi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum atau kecil kerana parti itu dibarisi ramai pemimpin yang tidak bersih, akhlak buruk, kaki rasuah, kaki betina yang boleh menjeaskan imej negara dan bolehkan menjadi negara ini bankrap.

Mereka yang menjadi bapak menteri tidak tahu penderitaan rakyat dengan kenaikan harga barang, sebaliknya mereka membazirkan wang rakyat kepada perkara perkara tidak berfaedah.

Rasa rasa terpanggil untuk merayu kepada pengundi pada pilihan raya baik pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, supaya memberhentikan tindakan mereka mengundi BN cubalah kepada parti yang berteraskan Islam supaya kerajaan yang akan dibentuk kelak dibarisi pemimpin yang bersih, beriman, jujur, amanah dan berkahlak mulia.

Pemimpin yang dikehendaki ialah yang berperikemanusiaan, membela nasib rakyat serta tahu dosa pahala terhadap rasuah, berzina, melakukan maksiat, merogol seperti cerita yang digembar gemburkan kebelakangan ini.[ lagi ]

...

Ajak-ajak ayam ke?


Najib ajak rakyat corak masa depan lebih baik
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) semalam menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab bagi mencorakkan masa depan lebih baik demi generasi akan datang dan meletakkan negara di kedudukan sepatutnya.

Najib, dalam perutusan Tahun Baru 2011 berkata, tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, segala yang dirancang dan mahu dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan menemui kejayaan.

Sedangkan,

Sebanyak 77 Bekas Kakitangan Kontrak Sambut 2011 Sebagai Penganggur
KANGAR: Ketika kebanyakan rakyat Malaysia mengisi pelbagai azam baru sempena ketibaan tahun 2011, sebanyak 77 bekas pekerja rendah awam (PRA) di sini berharap kontrak perkhidmatan mereka yang berakhir semalam disambung semula.

Jurucakap kumpulan itu, Jamaludin Husin, 49, merayu Kementerian Pelajaran menimbang semula nasib mereka yang kebanyakannya telah bertugas selama 15 tahun.

...

Alfatihah: Pelakun Faizal Yusof meninggal dunia


[ lagi ]

...

Ada masa kita perlu kurang ajar pada yang kurang ajar


Isu SUK: Khalid dakwa KSN tak hormati fungsi MB, sabotaj Selangor

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kesal kerana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Pemilihan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa hari ini dan akan mengangkat sumpah 6 Januari.[ lagi ]

-----------------------------------------
KUrang ajar .. kena layan dengan cara kurang ajar !

...

Ini wajah lelaki yang merogol ...


Ini ialah wajah Presiden Israel, Moshe Katsa yang dituduh 2 kali merogol ..

Manusia cam ni .. tak boleh kawal perasaan.
Kalau ye pon .. takkan amah (oppppssss) pun nak di rogol ...
Dah tak der duit sangat ke? ...
Gaji beribu-ribu, ghete berjuta-juta, tapi masih nak cari barang Free@haram ..
Cermin la muka tu dulu ... Berbudaya konon ..
Kat dunia kau selamat la .. Ada kuasa .. konon
Tu pasal depa depa takut kalau pembangkang kuasai kerajaan ..
Takut pekung terbarai .. takut sopak terdedah ..
Masing masing cuba untuk mempertahankan kuasa demi untuk menutup kurap ..
(Ehhh .. aku macam cakap terkeluar dari tajuk la plak ... )
wakakakak !!!

...

Tahun Baru : Satu dunia meletop

Hong Kong
Sidney
Singapore
Dubai
Fuchai Bay, Madeira Island
-------------------------------------
Satu dunia meletop .. wakakak !!!
Kalau duit tu masuk poket aku .. aku boleh hidup seumur hidup tak yah keje ... !

...

Blog list