Rakan WARTAMAYA

Saturday, January 1, 2011

Isyarat awal naik harga minyak masak?


Bekalan minyak masak Perlis dijangka pulih

KANGAR 1 Jan — Masalah kekurangan bekalan minyak masak yang membelenggu Perlis sejak bulan lalu dijangka selesai minggu depan apabila stok baru tiba.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis, Razali Lebai Salleh berkata bekalan baru itu dijangka dapat memenuhi keperluan pengguna di negeri tersebut.

"Setakat ini, baki bekalan minyak masak di negeri ini adalah sebanyak 20 tan metrik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen ”Kurangkan Penggunaan Beg Plastik” di Pasaraya C- Mart Arau hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 280,000 tan metrik minyak masak diedarkan kepada pemborong dan peruncit di Perlis untuk tempoh setahun. — Bernama

------------------------
Perlis di Utara ... dekat dengan sempadan ..
Kemudian kuar cerita tangkapan usaha menyeludup minyak masa
Alasan .. minyak masak kita murah berbanding negara luar
Pastu .. naik harga ..
Kemudian keluar kenyataan ... "Kita akan pantau harga barangan lain agar tidak dinaikkan peniaga sewenang-wenang"
Last sekali .. kita pun melopong ..
Jangan bimbang, selalunya ... Kenaikan harga barang akan berlaku selepas pilihanraya ..
Pilihanraya yang terdekat adalah DUN tenang
Kenaikan harga selepas pilihanraya adalah hadiah untuk pengundi .. wakakak !!!

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list