Rakan WARTAMAYA

Monday, December 19, 2011

Jom jadi tokey Tol


Hari ni aku turun ke Lembah Kelang dan melalui Lebuhraya Federal dari KL menuju ke Shah Alam. Bila menggunakan lebuhraya, aku kena melalui Tol Batu 3 yang terletak di Glenmarie, Shah Alam. Selain penggunaan lebuh raya ni, kita diberikan pilihan untuk melalui jalan dalam, iaitu dari Simpang Subang tembus ke Glenmary. Ianya sedikit jauh berbanding melalui lebuhraya ini. Biasa la ..

Tol yang dikenakan sebanyak RM1.10 untuk kereta. Pilihan yang diberikan adalah Tunai, Touch & Go dan Smart Tag.

Malangnya pada hari ini, aku terpaksa beratur sejauh lebih kurang 400 meter untuk sampai ke pondok tol dan bayar disitu. Pada yang bayar Tunai, nasib la. Pada yang miliki Touch & Go dan Smart Tag, pasti meluncur laju. Bezanya, pemilik TG dan Smart Tag adalah, mereka bayar dulu, kemudian potong sedikit demi sedikit, sampai langsai. Caj yang sama dikenakan kepada pembayar Tunai, tapi kena beratur lama. Kalau rasa nak terkencing atau terkucil tu, baik tak yah lalu sini. Aku ada pilihan untuk melalui laluan alternatif, tapi sapa sangka ianya akan tersangkut begitu jauh. Mungkin untuk hari ini, atau mungkin berlaku pada hari hari lain juga. Bukan ke sepatutnya lebuhraya ini untuk memudahkan?

Terus terang aku nyatakan bahawa peniagaan Tol, adalah business yang paing mudah. untung dan selamat. Janji ada beruk di atas sana yang meluluskan proposal ini. Kalau ada pemilik yang rugi, memang bodoh sangat la mamat tu. Aku cukup yakin kutipan harian Tol di Lebuhraya Federal ni saja mencecah jutaaan ringgit. Kalau ada dua pondok Tol, lu orang kira lah sendiri.

Cuba nkorang bayangkan, kalau lah aku menjadi tokey tol ni. Akan ku letak komputer dirumah dan di sambung pada setiap pondok yang ada dan aku akan melihat jumlah kutipan bergerak tanpa henti 24 jam sehari. Biar pun aku ditandas, di kedai kopi, dipadang golf atau dimana saja, jumlah kutipan akan bergerak dengan sendirinya. Bayar upah kakitangan, penyelenggara dan sewa (mungkin) dan selebih untungnya aku akan belanjakan ikut sedap tekak aku.

Sorry la kalau aku tak tau susahnya nkorang bayar tol sebab aku sibuik dengan mengira wang pendapatan yang berjuta saban hari. Susah mengira dan susah untuk membelanjakan. Aku sibuk sangat ....
Wakakaka !!!
Share/Bookmark

7 comments:

Anonymous,  December 19, 2011 at 9:57 PM  

tol ini kroni UMNO yg punya Yop.Kalau kerajaan dak buat, boleh.tapi deme hendak swastakan juga.Faham faham le.

Anonymous,  December 19, 2011 at 9:57 PM  

tol ini kroni UMNO yg punya Yop.Kalau kerajaan dak buat, boleh.tapi deme hendak swastakan juga.Faham faham le.

Anonymous,  December 19, 2011 at 10:34 PM  

Inilah cara moden mentekedarah duit rakyat.. cara kuno dulu hantar samseng kutip beras! Apalah ada lagi manusia yang tak sedar-sedar ni... tukar je kerajaan. PR dah janji nak hapuskan tol!!

Yong December 20, 2011 at 4:23 AM  

Duit tol tu Yong punya tau. Ha ha ha.

Anonymous,  December 20, 2011 at 8:00 AM  

Jumlah UNTUNG Plus sahaja tahun lalu ialah RM1.3 bilion. Ini bermakna mereka mengaut keuntungan ( setelah tolak kos ) RM101 juta sebulan.
Kenapa dah untung begitu banyak masih berusaha untuk menaikkan kadar tol ? Hampeh...

adnan M

Anonymous,  December 20, 2011 at 9:37 AM  

Kalau dulu dulu time negara 'kekurangan duit' tapi masih mahukan prasarana yang moden termasuk lebuhraya, PM pada masa tu nyatakan kalau nak bagitu terpaksa kena bayar. Itu dulu. Sekarang kalau nengokkan kekayaan negara sepatutnya dah mampu kerajaan belanja membena dan digunakan secara percuma. Tambahan pula concessionaires yang mendapat projek perlu mendapat pulangan pelaburan mereka. Ini dah bertahun tahun pun masih dikenakan tol. Satu tol yang senyap senyap masih mengutip tol '50 sen' je ialah di jalan menghala ke Port Kelang. Dah berpuluh tahun tol ni kutip tol dan masih mengutip. Modal saya pasti dan berpulang berganda ganda.
koljohn

serupasekala December 20, 2011 at 12:53 PM  

Jangan runsing jangan bimbang ...Andaikata PAKATAN TAWAN PUTRAJAYA, TOL tidak lagi membebankan rakyat.

Syabass !!!!! warta maya ( saya tak tahu udah jual atau sebaliknya )

Blog list