Amuk si Penjaga Rumah
KISAH BENAR !
Beberapa bulan sebelum Pak Hamzah meninggal dunia, rumah nya telah dirompak. Dua perompak telah melarikan barang kemas dan barangan berharga milik isteri Pak Hamzah. Kerana bimbang kalau kalau berlaku sekali lagi, maka Pak Hamzah pun segera menemui bomoh. Tidak diketahui lah dimana bomoh itu berada kerana tiada yang mengikutinya. Dia meminta rumah itu 'DI PAGAR' agar pencuri tidak dapat memasuki kawasan rumahnya.
Beberapa bulan selepas itu, Pak Hamzah meninggal dunia, akibat sakit dan kerana bimbang sendirian., isteri nya telah berpindah ke rumah saudaranya. Jauh dari rumah mereka dan tinggalkan rumah itu kosong tiada penghuni.
Untuk tidak mahu dibiarkan kosong, isteri Pak Hamzah berhasrat menyewa rumah nya kepada sesiapa yang mahu menyewa. Kini Pak Hamzah sudah 4 bulan meniggal dunia. 8 orang datang mahu menyewa, tetapi tidak jadi.
2 dari mereka, terlihat imej aneh, seorang ditampar mukanya dan yang lain, hilang minat kerana mendengar cerita.
Kini rumah tersebut dibiarkan kosong tanpa penghuni sementara jiran-jirannya bimbang kalau kalau penghuni rumah itu datang mengganggu. Jiran bingung, makhluk apa yang datang mengganggu? Kalau ianya adalah PAGAR yang digunakan oleh Pah Hamzah, bagaimana agaknya cara untuk menghilang kuasa tersebut.
Kini, kalua aku balik ke kampung, aku akan menjenguk keadaan rumah itu. Memang seram, tapi bukan lihat dari dalam, cuma dari jauh.
Kalau ada sesiapa yang tahu, mungkin boleh bantu untuk hilangkan gangguan makhluk tu .. He he he .. .Camana ye?
5 comments:
Kalo ikut gambo tu; KITA BAKO JE
Apa kata kita suruh puaka jer yg uruskan..
Rasernya perkara ni tak sesulit hantu yang dibawa masuk beramai2 untuk menangkan parti gerombolan. Cari je mana2 bomoh, ostaz etc. Jangan cari bomoh umnoapco dah. Nanti dia minta duit setaraf dengan TM minta kat Bank dunia.
Minta tolong ahli Darussyifa 'rawat' rumah tersebut. Insyallah, mereka ada kepakaran dalam hal-hal begini..
Panggil panglima perang UMNO Baru kerana panglima itu hebatnya menampar dan meludah, hantu pasti takut dan lari meninggalkan rumah tersebut.
Post a Comment