Mubarak: Hari ini hari akhir !
Seorang pemimpin Amerika yang tidak mahu disebut namanya berkata, pada hari Khamis, Washington telah berbincang dengan pihak Mesir. Antara topik yang dibincangkan termasuk meminta Mubarak letakkan jawatan serta merta.
Walaupun begitu, Mubarak yang perasan, berkata, "Kalau dia meletakkan jawatan hari ini, akan berlaku kekecohan". Dalam pada itu dia berjanji untuk turun dari takhtanya selama 40 tahun pada bulan September tahun ini, laporan oleh rangkaian TV Amerika, ABC. Tambah beliau lagi, "Saya tak kisah apa rakyat kata tentang saya. Buat masa sekarang, apa yang saya bimbangkan adalah negara saya".
Hari ini perhimpunan besar-besaran di beberapa tempat di Mesir. Peserta menjerit dengan kata, " Hari ini adalah hari terakhir ... Hari ni adalah hari terakhir!" mengikuti nyanyian lagu Mesir yang berkumandang melalui corong pembesar suara: "Untuk Mesir, hari ini adalah hari bersuka ria".
0 comments:
Post a Comment