Rakan WARTAMAYA

Tuesday, January 11, 2011

Pergh ... dahsyat


Jemaah khurafat tarik emas
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia berusia 40-an dikatakan ligat memancing pemuda tampan berusia 20-an untuk dijadikan pengikutnya bagi dilatih menjadi ejen perbuatan khurafat menarik emas dari alam ghaib.

Wanita berkenaan yang dipanggil Kak Emi atau Ibu oleh pengikutnya dikatakan menjalankan kegiatan penipuan itu sejak empat tahun lalu di sekitar Lembah Klang dan setakat ini, jumlah pemuda tampan yang menjadi pengikutnya mencecah 20 orang.

Mendedahkan kegiatan wanita terbabit, pemuda mahu dikenali sebagai Ramli berkata, dia menjadi pengikut jemaah tarik emas itu selama lebih enam bulan sebelum melarikan diri.

Ramli, 24, berkata, selepas termasuk dalam perangkap Ibu, amat sukar melepaskan diri kerana dia bukan saja mengumpan pengikutnya dengan wang ringgit serta seks, tapi turut bersikap agresif kepada sesiapa yang cuba berpaling tadah.

“Sesiapa bersetuju menjadi pengikutnya, disyaratkan mentaati dan menyayanginya dengan cara bersalam dan mencium kedua-dua pipinya setiap kali berjumpa.

“Lebih menjelekkan, selepas menjadi pengikut, kami dikehendaki tinggal di rumah ibu dan setiap malam kami tidur beramai-ramai di ruang tamu bersama-sama dengannya,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menceritakan pengalamannya pada beberapa malam pertama tidur di rumah Ibu, Ramli berkata, dia terperanjat apabila melihat bomoh wanita itu dengan selamba memeluk rakannya secara bergilir-gilir sepanjang malam.[ lagi ]

----------------------------------
Nasib baik aku tak tampan .. wakakak !!!
Sayfool ... tak masuk senarai ke? ... wakakak !!!

Share/Bookmark

1 comments:

Yong January 11, 2011 at 11:08 PM  

Waduh! Jaman moderen ada orang bangang begini ya? Mau kaya rajin belajar dong! Kemudian harus lebih rajin kerja! Baru suskes!

Blog list