Rakan WARTAMAYA

Tuesday, January 11, 2011

Isu SUK, Saya Hanya Dedah Kebenaran-Khalid Samad


"Kalau kerajaan negeri memilih Khusrin, beliau ditemubual dan nombor satu dari pada enam calon yang dicalonkan, saya tidak ada masalah, tetapi beliau adalah calon nombor enam daripada enam yang ditemubual dan beliau juga bukan pilihan kerajaan negeri.

"Dan beliau juga banyak kekurangan dari segi keupayaan untuk menyandang peranan SUK, ini bukan soal peribadi tetapi ini soal mencari calon yang terbaik untuk memegang jawatan SUK. Kalau beliau yang terbaik saya terima dan ini terbukti kerana kita jalankan temubual," katanya.

Terdahulu, Khalid mendedahkan konspirasi dalam pelantikan Khusrin sebagai SUK dengan mendakwa bekas SUK, Selangor Datuk Ramli Mahmud adalah dalang dengan memgemuka nama Khusrin kepada istana Selangor pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar.

Khalid sebelum ini, sering menegur tindakan Khusrin sewaktu menjawat jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list