Rakan WARTAMAYA

Thursday, January 20, 2011

‘Himpunan Menjunjung Kasih’, bukti rakyat Selangor komited


SHAH ALAM, 19 Jan -Perarakan ‘Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat Selangor Bersama Tuanku’ Jumaat ini, bakal menunjukkan betapa rakyat Selangor komited bersama Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula kuasa lantikan pegawai eksekutif atau ‘ex-officio’ iaitu: Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dianjurkan Kelab Penyokong Pakatan Rakyat dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Selangor, Himpunan ini menyokong peranan Raja Berpelembagaan dan mempertahankan kuasa DiRaja yang sebelum ini diragut pada tahun 1993.

Wakil himpunan ini, Abu Bakar Shaari Husin, Ketua Kampung Pandamaran Jaya berkata, rakyat Selangor menyatakan ikrar taat setia kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Bahawa kami rakyat Selangor berusaha sedaya upaya kami mempertahankan Institusi Raja dan berusaha sedaya upaya kami untuk memberdaya institusi Raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan,” katanya.

Himpunan ini bakal diadakan di Masjid Jamek Sultan Sulaiman di Kampung Jawa Klang, bertujuan menghantar memorandum sokongan kepada Baginda Sultan dengan satu perarakan ke Istana Alam Shah.[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list