Rakan WARTAMAYA

Sunday, December 26, 2010

Hangpa ni pesta ka ...

Enam Cedera Bas Ekspres Terbabas Di KM363, Jalan Raub-Bentong
TEMERLOH: Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.

Katanya penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.

"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah. - BERNAMA

-------------------------
Await ... hangpa ingat pesta ka?
Aku ingat nak suruh menteri letak jawatan je la ...
Aku rasa Menteri pun dah tak larat nak pikiaq ....
Muakakak !!!

Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  December 26, 2010 at 8:44 PM  

Laluan ini mungkin tak sesuai dengan bas dua tingkat.
Pihak berkuasa kena hadkan laluan untuk bas dua tingkat.

Blog list