Rakan WARTAMAYA

Friday, November 19, 2010

SPRM ! Apa tunggu lagi? .... Wakakakaka !!!

MB alukan SPRM siasat Yayasan S'gor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya
Datuk Seri Noh Omar menyerahkan semua bukti Yayasan Selangor
'membelanjakan lebih RM800,000 untuk majlis ulang tahunnya' kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
khalid ibrahimAbdul Khalid berkata Noh yang juga Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani lebih tahu seharusnya menyerahkan semua bukti yang
didakwa dimilikinya itu kepada SPRM bagi membantu suruhanjaya
menyiasat (perbelanjaan) Yayasan Selangor.

"Saya juga ada jumpa dia (Noh) di masjid tadi dan isu ini juga masih
dalam penyiasatan jadi saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya
kepada pemberita selepas majlis gotong royong dan doa selamat
pembinaan Masjid Baru Pekan Jeram, di Kuala Selangor hari ini.

Mengulas mengenai pejabat yayasan itu didatangi SPRM semalam, Abdul
Khalid berkata itu tugas SPRM dan selaku pengerusi yayasan berkenaan
beliau sedia memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

noh omar"Saya juga telah menghubungi pegawai di Yayasan Selangor dan
meminta mereka memberikan kerjasama kepada SPRM.
"Saya amat mengalu-alukan siasatan SPRM supaya isu ini lebih terbuka
dan ia satu usaha yang baik untuk mengemaskini pentadbiran kerajaan
negeri agar lebih telus dan bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Selangor ketika ditemui di Tanjong Karang berkata beliau difahamkan
Pemuda UMNO negeri itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di
Putrajaya petang tadi berhubung isu yayasan itu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran berhubung laporan itu.

"Saya dimaklumkan kerajaan Selangor telah melantik badan audit
profesional untuk meluluskan penganjuran sebarang aktiviti dan saya
minta mereka dedahkan laporan perbelanjaan berkaitan isu itu (Yayasan
Selangor) kepada rakyat," katanya.

- Bernama
--------------------------
Ternyata beruk beruk dalam zoo itu adalah beruk kelahiran zaman dacing dulu ..
Hah .. apa tunggu lagi .. mergastua jalankan tugas ... !!! .... Wakakakak !!!
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list