Rakan WARTAMAYA

Thursday, November 11, 2010

Shhh...jangan bagi tau SPRM

Chegubard dakwa pegawai JPM ada RM200 juta

Seorang pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa
memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Perkara ini didedahkan di laman blog Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali
sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang
dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta
mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat
Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada
Perdana Menteri," tulisnya.

"(Beliau) merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat
Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan
Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita
ini," dakwanya.

Menurut Badrul Hisham, pegawai kanan itu dalam diam mengumpul harta
bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai
pejabat PM.

Beliau juga dituduh sebagai individu yang memuktamadkan siapa yang
mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM,
(beliau) membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang
mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat
diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.

Badrul Hisham juga membekalkan beberapa dokumen bagi menyokong
dakwaannya itu. - mkini
----------
Uishhh syok nye banyak duit. Boleh bawa masuk kubur. Dalam kubur boleh
ada swimming pool, meja snooker, karaoke, keta besar, bilik tidur
besar. Boleh shopping, boleh rasuah...muakakaka!!!
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list