Rakan WARTAMAYA

Thursday, November 11, 2010

Samseng Kampong Dusun terkantoi

Kah kah kah...
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kapalterbang buruk padahnya.
Wakakakaka!!!
-----------------
Zahid Hamidi perlu beri penjelasan berhubung kenyataannya di Parlimen: Muhyiddin

PENAMPANG, 11 Nov – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi perlu memberi penjelasan sebenarnya berhubung kenyataannya di
Dewan Rakyat pada Selasa yang dilihat oleh sesetengah pihak
seolah-olah menggambarkan "bukan Melayu tidak ramai menyertai tentera
kerana kurang semangat patriotik".

Ketika membuat seruan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata penjelasan itu penting bagi membetulkan keadaan.

"Saya tidak membaca atau tidak berada di Parlimen (waktu itu) tetapi
daripada kenyataan yang terkeluar dan reaksi daripada beberapa pihak,
mungkin Datuk Zahid perlu membuat penjelasan yang sebenarnya dan apa
pendirian perkara itu.

"Bagi kita, kita tidak melihat keadaan sebegitu, kalaupun tidak ada
penyertaan, saya fikir kita tidak seharusnya mempertikai kesetiaan
mana-mana pihak yang menjadi rakyat (negara ini) sama ada Melayu,
India, Cina ... mungkin ada sebab-sebab yang lain," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) di
Hongkod Koisaan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi para
pemimpin politik termasuk beberapa Anggota Parlimen pakatan
pembangkang yang menggangap kenyataan Ahmad Zahid itu rasis, tidak
berasas dan menyinggung perasaan bukan Melayu.

"Kalaulah dianggap terlanjur ... itu pun saya tidak pasti. Tiada
masalah meminta maaf ... biasalah manusia (buat silap) saya pun biasa
minta maaf kepada orang bila tersilap," katanya.

Semalam, Ahmad Zahid berkata jawapannya di Dewan Rakyat mengenai
faktor-faktor rendahnya penyertaan bukan Melayu dalam angkatan tentera
dibuat berdasarkan dapatan kaji selidik ilmiah.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan beliau
tidak sensitif dan mempertikai kesetiaan dan integiriti kaum bukan
Melayu kerana beliau tidak pernah menyatakan begitu mahupun berniat
atau bermaksud berbuat demikian. – Bernama
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list