Rakan WARTAMAYA

Thursday, November 11, 2010

Keas Aminulrasyid: Kelongsong peluru kira-kira lapan kaki dari kereta.

Kes Aminul: Inspektor titis air mata

Seorang inspektor forensik menitiskan air matanya ketika memberitahu
perbicaraan Aminulrasyid Amzah mengenai kedudukan mayat remaja yang
mati ditembak oleh polis itu.

Inspektor Mazli Jusoh, kemudiannya memohon kepada hakim Mahkamah
Sesyen Shah Alam Latifah Mohd Tahar untuk berehat seketika untuk
menenangkan dirinya.

"Boleh saya henti selama lima minit, katanya sebelum menuju ke bilik
air setelah mendapat kebenaran.

Mazli, menganggotai pasukan polis pada 2000 dan dipindahkan ke unit
forensik pada Julai 2007.

Sebelum itu, beliau memaklumkan mahkamah bahawa kedudukan mayat
Aminulrasyid amat menyedihkan dan percaya ia telah dialihkan.

Katanya, beliau terlihat darah mengalir keluar dari hidung mangsa dan
terjumpa sebutir kelongsong peluru di rumput, kira-kira lapan kaki
dari kereta.

Kelonsong peluru itu dipercayai yang terakhir ditembak yang meragut
nyawa remaja itu.

Menurut Mazli lagi, beliau tiba di lokasi kejadian pada sekitar jam
3.20 pagi dan sebelum itu di satu lagi lokasi pembunuhan, di Ampang. -
mkini
----------
8 kaki dari mangsa? Uishhh... Dekatnya.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list