Rakan WARTAMAYA

Tuesday, November 9, 2010

Leman bawak harta masuk kubur

"Kau beli simen tu nak buat apa Leman?", tanya Tok Moh.
"Nak buat banglow Tok", jawab Leman.
"Eh..kau kan dah ada 3 banglow", tanya Tok Moh pelik.
"Saya nak buat banglow kat dalam kubur Tok. Kan duit boleh bawak
mati.", jawab Leman lagi.
------------
Taib: Saya ada wang lebih daripada apa boleh dibelanja

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah dirakamkan
sebagai berkata beliau memiliki sejumlah kekayaan yang keterlaluan dan
juga menawarkan ratusan ringgit kepada setiap rumah panjang di video
yang dipercayai dirakamkan semasa kempen pilihan raya kecil Sibu pada
16 Mei lalu.

Menurut sari-kata di laman sesawang Youtube yang memuat-naikkan video
berkenaan, kenyataan Taib dibuat semasa ucapannya pada 13 Mei ini
kepada penduduk rumah panjang di Sungai Aup, kira-kira 20 minit
perjalanan dengan kereta dari pusat bandar Sibu.

Laman sesawang anti-Taib Sarawak Report, yang menterjemahkan ucapan
ahli politik veteran BN itu menaburkan janji-janji pilihan raya tanpa
menyedari bahawa masa dan teknologi sudah berubah.

Menurut Sarawak Report transkrip ucapan Taib di mana beliau
menggunakan bahasa Melayu dan juga Inggeris, ketua menteri itu cuba
memujuk penduduk bahawa beliau tidak memperdulikan hal lain kecuali
kepentingan rakyat.

Malah, beliau juga sanggup mengorbankan kekayaannya demi rakyat,
memandangkan beliau mempunyai kekayaan yang melebihi keperluan
dirinya, di samping berada di bawah jagaan anak-anaknya.

Tujuan saya hanyalah untuk rakyat. Saya ada wang melebihi daripada apa
yang saya boleh belanja. Saya tidak peduli pasal wang. Semua anak saya
sudah dijaga, jadi saya memberikan kamu sesuatu yang baik, kata Taib.
-mkini
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list