Rakan WARTAMAYA

Sunday, October 31, 2010

PAS berjaya bodohkan SPR...wakakaka!!!

Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

GUA MUSANG, 31 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan
tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar
pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)
Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi
undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan
PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

"Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan
untuk memancing undi," kata beliau sambil menasihatkan agar PAS
berhati-hati.

"Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi
itu mereka yang cakap.

"Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah
saguhati untuk menampung kos makan minum.

"Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan
berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS
supaya berhat-hati sebelum melakukannya," kata beliau ketika dihubungi
The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim
Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada
seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar
kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.

Halim berkata, pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah,
sebaliknya insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang
menunaikan tanggungjawab mereka.

Selain Halim, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan
Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, ia sudah menjadi amalan biasa dalam
parti itu untuk menarik minat pengundi supaya pulang untuk menjalankan
kewajiban.

Pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah
Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak
perjalanan.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka,"
katanya Wan Rahim.

Tambah Wan Ahmad, SPR bagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk
mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menjelaskan ia terserah kepada
parti lawan.

"SPR tidak akan mengambil sebarang tindakan ia terpulang kepada kepada
parti lawan.

"Kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang, PAS sewajarnya tahu
apakah implikasinya atas perbuatan itu.

"Kalau ada bukti parti lawan boleh buat aduan di Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apa-apa pun terserah kepada parti
dan calon yang bertanding," katanya.

Menurut Wan Ahmad, banyak cara boleh dilakukan untuk membawa pulang
pengundi luar kawasan seperti penyediaan pengangkutan kepada mereka
bukan memberikan wang.

"Kalau nak bawa pengundi luar balik parti bertanding boleh gunakan
pengangkutan dengan ambil dan hantar mereka, bukan dengan wang.

"Ini namanya perkhimatan, PAS, Barisan Nasional (BN) pun boleh buat
tapi bukan dengan bagi wang," katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che
Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.

DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN
meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff  manakala PAS
meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.
- minsider

Wakakakak!!!
Bodoh punya SPR...wakakakak!!!
Masuk jerat...muakakaka!!!
Lepas ni kalau Umngok bagi duit pada pengundi...apa komen Umngok dan SPR?...
Wakakak...Sammmddddoollll!!!
Muakakakkka!!!
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  November 1, 2010 at 8:45 AM  

Bahasa mudah SPR macam ni:

Bagi duit betul-betul .... salah @ rasuah.

Janji duit .... tak salah.
Janji projek ... tak salah.
Lepas menang tak bagi duit ... tak salah.
Lepas menang tak buat projek ... tak salah.
Lepas menang tak tunai janji ... tak salah.
Jadi saudagar janji .... tak salah.
Jadi munafik ... bagi SPR tak salah.
Jadi orang yang menunai janji... salah.

Patutlah UMNO selama ni bila kempen janji itu janji ini tapi lepas menang/kalah tidak tunai janji.... rupanya mereka bimbang melakukan rasuah... takut parti lawan buat report yang boleh memberikan kesan kepada kemenangan.

Amallah selalu... ku doakan semoga penyokong UMNO/BN sentiasa kena tipu dengan pemimpin mereka.

fidel castro,  November 2, 2010 at 2:55 PM  

ini menunjukkan secara terang betapa BODOH nya SPR. Malaysia ini milik rakyat bukan UMNO

Blog list