Rakan WARTAMAYA

Tuesday, November 2, 2010

Leman pucat telur

Sedang Leman bercerita dengan Tok Moh, isterinya menjerit dari dapur.

"Bang oiii...asyik sembang je bila nak basuh lampin anak tuuu...???!!!"

Leman yang kelihatan jantan itu, tergesa - gesa ke tandas dan terus
mencuci lampin.

"Uhhh..apa punya jantan tu. Takut juga dia dengan
isterinya...wakakaka!!!", kata Tok Moh.

-----
Selepas jumpa Clinton, M'sia ikrar keadilan bagi Anwar

2 Nov, 10 6:53pm

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan
dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar
bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat
perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar
dapat perbicaraan yang adil, kata Anifah ketika persidangan akhbar
bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang
boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dipecat dan dipenjarakan atas
beberapa dakwaan seks dan rasuah sedekad yang lalu berkata beliau
sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik dan melahirkan
kebimbangan tidak mendapat keadilan sewajarnya berhubung dakwaan
terbaru dengan seorang lagi pembantunya.

Pakatan pembangkang yang diterajuinya membuat kejutan pada pilihan
raya umum 2008 lalu dengan menafikan kerajaan BN kemenangan dua
pertiga di Dewan Rakyat, - sesuatu yang tidak diduga sejak BN
memerintah negara ini lebih separuh abad.

Anwar, yang didakwa mengadakan perhubungan sejenis dengan pembantunya
berkata semua tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan menamatkan
kerjaya politiknya dan melemahkan Pakatan Rakyat.

Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke
atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau
'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran
bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan. - AFP
Share/Bookmark

1 comments:

mangchikla November 2, 2010 at 10:01 PM  

muakakakaka lamer benor teman idok dengor deme habor 'pucat telor' ... org lamer bebenor mike yob!! akakakak

Blog list