Rakan WARTAMAYA

Sunday, October 31, 2010

Pilihanraya: Cakap guna mulut tanpa akal...wakaka!!!

Ahmad Maslan: PPR RM180 juta hanya kos anggaran

Salhan K Ahmad | 31 Okt, 10 4:24pm

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kos sebanyak RM180
juta untuk Projek Perumahan Rakyat Gua Musang yang diumumkan pada 24
November lalu hanyalah kos anggaran dan mungkin melibatkan beberapa
fasa.

Katanya, projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu juga berharga
RM80,000 dan bukannya melebihi RM100,000 seperti yang dipertikaikan
exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

"Itu kos anggaran. Kos terperinci itu masih belum dikira lagi. Mungkin
termasuk tanah dan perkara-perkara lain lah. Ini baru anggaran.

"Yang kita diberitahu, angka sebenarnya ialah RM80 ribu satu unit.
(Kos) RM180 juta ini anggaran, mungkin ada fasa.

"Maklumat terperinci itu kita tidak dapat. Mungkin ada fasa pertama,
kedua (untuk projek ini)," katanya ketika bercakap kepada wartawan di
Pusat Media bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang hari ini.

Katanya, jumlah kos sebanyak RM80,000 seunit itu juga termasuk subsidi
sebanyak RM45,000.

"Saya kira yang RM180,000 ribu ini mungkin dari segi fasa dia, saya
difahamkan," katanya lagi

Husam sebelum ini mempersoalkan kos pembinaan yang tinggi bagi setiap
unit rumah dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang yang
dilancarkan timbalan perdana menteri pada 24 Oktober lalu

Menurut Husam, peruntukan untuk membina flat berkenaan terlalu tinggi
sehingga RM120,000 bagi setiap untuk seluas 700 kaki persegi itu.

Beliau juga berkata, kos itu terlalu tinggi memandangkan kos untuk
rumah flat kos di Kelantan hanya akan mencecah RM50,000 atau RM60,000
setiap unit.

Wakakaka!!!
Cakap guna mulut dan akai...
Bukan guna mulut saja.
Musim piliharaya memang cam tu
Tu pasai lepas pilihanraya masing masing lupa...wakakaka!!!
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list